Permohonan Ke Sekolah Khusus 2023: Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus 2023 bagi murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 5 kini telah dibuka bermula 10 Oktober 2021. Murid-murid yang kini berada di tahun 6 dan tingkatan 3 boleh membuat persediaan rapi untuk menghadapi sesi pentaksiranyang bakal berlangsung.

Borang permohonan mesti diisi oleh pemohon di bawah bimbingan ibu bapa / penjaga / guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.

Setiap butiran maklumat yang diisi perlulah tepat kerana sebarang kesilapan semasa pengisian boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan oleh panel penilai.

Setelah mengisi borang permohonan, calon masih boleh mengubah atau mengmaskini maklumat yang dimasukkan sehinggalah ke tarikh akhir permohonan seperti yang dinyatakan di dalam ruangan di bawah.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan diduduki untuk semua pelajar yang memohon dan ini merupakan syarat utama kemasukan. TIADA PKSK ULANGAN akan dilaksanakan. Pentaksiran ini diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memilih murid-murid yang layak ke institusi pendidikan seperti di dalam senarai di bawah:-

Senarai Institusi PendidikanPakej Mata Pelajaran yang ditawarkan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)1. STEM (Sains Tulen)
2. STEM AGAMA (Sains Agama)
3. STEM TMUA (TMUA Sains)
4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)1. STEM AGAMA (Sains Agama)
2. STEM TMUA (TMUA Sains)
3. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Agama Ikhtisas)
4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN TMUA (TMUA Ikhtisas)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)Rujuk senarai kursus SMT
Kolej Vokasional (KV)Sekolah Menengah Teknik (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)1. STEM (Sains Tulen)
2. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial)

Bacaan Lanjut: Permohonan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Syarat Kemasukan Sekolah Khusus

  1. Murid merupakan seorang Warganegara Malaysia;
  2. Telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia;
  3. Merupakan murid Tahun Enam (6) Tahun 2022:
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011
  4. Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021:
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008

Bacaan Lanjut: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Permohonan Sekolah Khusus Secara Atas Talian

Jenis Institusi PendidikanPermohonan
Sekolah Berasrama penuh (SBP) Tingkatan Satu (1)
Tingkatan Empat (4)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tingkatan Satu (1)
Tingkatan Empat (4)
Sekolah menengah teknik (SMT) Tingkatan Empat (4)
Kolej Vokasional (KV) Tahun 1 KV
Maktab Tentera Diraja (MTD) Tingkatan Empat (4)

Pautan Permohonan bagi murid-murid tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat melalui pautan yang disediakan di bawah:-

Permohonan Tingkatan Satu (1) 2023
https://spskt1.moe.gov.my/
Permohonan Tingkatan Empat (4) 2023
https://spskt4.moe.gov.my/
Klik untuk memohon

Tarikh Permohonan Dibuka: 30 September 2023

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Oktober 2022

Semakan Pusat PKSK: 7 Januari 2023

Calon-calon yang memohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) secara atas talian bermula 7 Januari 2023 dan menjalani pentaksiran pada tarikh-tarikh yang berikut:-

  1. Murid Tingkatan Satu (1) : 17 Januari 2023 sehingga 27 Januari 2023
  2. Murid Tingkatan Empat (4) : 7 Februari 2023 hingga 17 Februari 2023

Baca Juga: Keperluan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK)

Keputusan Pemilihan Murid: 15 Mac 2023

Komponen Pentaksiran (PKSK)

Komponen yang akan ditaksir melalui saringan ini ialah kecerdasan insaniah yang mewakili pemberatan (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan juga artikulasi penulisan (10%).

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

37 thoughts on “Permohonan Ke Sekolah Khusus 2023: Tingkatan 1 dan Tingkatan 4”

  1. saya isi borang tpi terkuar dan dia reset.tk siap isi lagi tpi dia macam error gitu tkde button untuk next

    Reply
  2. Aslm saya Nor Shery Sarizmah saya nak bersekolah di SMK KUNAK ingin memohon sek khusus 2022 tingkatan 1 sampai tingkatan 6 Amin Insyaallah

    Reply
  3. Saya ingin memohon kemasukan tingkatan 1 pada 2022 untuk anak saya. Tapi cuba akses beberapa kali tetapi x berjaya pada pautan email yang di berikan. Saya berminat untuk memasukkan beliau ke MTD, InsyaAllah. Bagaimana kah cara nya lagi? & apa sahaja syarat yang diperlukan untuk dia melepasi kelayakan kemasukan di sana?

    Terima Kasih.

    Reply
  4. Assalammualaikum ☺ saya nak daftar anak saya untuk kemasukan pelajar 2022 ( tingkatan 4 ) macam mana yer , saya risau anak saya x dapat masuk , kalau boleh daftar masuk , Alhamdulillah ❤

    Reply
  5. Assalamualaikum saya nak buat pendaftaran pelajar 2022 (tingkatan 1) harap-harap dapat masuk kelas aliran agama

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!