Permohonan SBP 2022: Sekolah Berasrama Penuh Seluruh Malaysia

Pastinya ramai guru, murid dan ibu bapa tercari-cari info berkaitan Permohonan SBP 2022. FLIP.MY kini berkongsi info tentang maklumat Sekolah Berasrama Penuh dan senarai sekolah ini sdi seluruh Malaysia.

Kerajaan telah menekankan keperluan tenaga kerja menerusi bidang sains dan teknologi melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975-1980) dan menekankan pembangunan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

SBP bertujuan menyediakan persekitaran sekolah yang terancang, terkawal dan kondusif untuk mengembangkan potensi pelajar cemerlang untuk menjana modal insan berkualiti tinggi.

Selain itu, SBP juga memainkan peranan penting dalam memupuk bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP memupuk bakat yang dapat memenuhi keperluan dan juga cabaran global.

Baca Juga: Senarai MRSM Seluruh Negara Mengikut Tawaran Aliran

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Murid-murid yang sedang menunggu Permohonan SBP dibuka atau berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh perlu meneliti kriteria pemilihan murid bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini:-

Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Pelajar yang berada dalam lingkungan toleransi peta toleransi UKSBP
  4. Mempunyai prestasi akademik yang cemerlang
  5. Pelajar yang membuat Permohonan SBP juga perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum

Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 4

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid dari Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Pelajar dengan prestasi akademik yang cemerlang (sekurang-kurangnya pencapaian A dalam 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya tahap C dalam mata pelajaran lain)
  4. Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
  5. Pelajar lulus saringan / temuduga (hanya di KISAS)

Bacaan Lanjut: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Senarai Sekolah Berasrama Penuh

Sebelum membuat Pemohonan SBP, rujuk terlebih dahulu senarai sekolah ini untuk membuat perancangan yang seterusnya. Ada ibu bapa yang gemar menghantar anak-anak ke sekolah yang berhampiran rumah ataupun berhampiran rumah saudara-mara.

Ada juga yang lebih terdorong untuk memilih sekolah yang memiliki prestasi akademik dan kokurikulum atau aliran agama. Rujuk senarai di bawah:-

NegeriSenarai SBP
PerlisSM Sains Tuanku Syed Putra
KedahSM Sultan Abdul Halim
SM Sains Pokok Sena
SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
SM Sains Kubang Pasu
SBP Integrasi Kubang Pasu
Pulau PinangSMs Tun Syed Sheh Shahabudin
SM Sains Kepala Batas
PerakThe Malay College Kuala Kangsar
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
SM Sains Teluk Intan
SBP Integrasi Gopeng
SM Sains Tapah
SM Sains Bagan Datoh
PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah
Kuala LumpurSM Sains Alam Shah
SM Sains Seri Puteri
SM Sains Selangor
SelangorSM Sains Kuala Selangor
Sekolah Seri Puteri
Kolej Islam Sultan Alam Shah
SM Sains Hulu Selangor
SM Agama Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Gombak
SBP Integrasi Sabak Bernam
SBP Integrasi Rawang
SM Sains Banting
Negeri SembilanSM Agama Persekutuan Labu
Kolej Tunku Kurshiah
Sekolah Dato’ Abdul Razak
SM Sains Tuanku Jaafar
SM Sains Tuanku Munawir
SBP Integrasi Jempol
SM Sains Rembau
SMs Perempuan Seremban
MelakaSBP Integrasi Selandar
SM Sains Muzaffar Shah
JohorSekolah Tun Fatimah
SM Sains Muar
SM Sains Johor
SM Sains Kota Tinggi
SM Sains Sultan Iskandar
SM Sains Sembrong
SM Sains Batu Pahat
PahangSM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
SM Sains Tengku Abdullah
Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan
SBP Integrasi Kuantan
SBP Integrasi Tun Abdul Razak
SBP Integrasi Temerloh
SM Agama Persekutuan Bentong
TerengganuSM Sains Sultan Mahmud
SM Sains Kuala Terengganu
SM Sains Dungun
SBP Integrasi Batu Rakit
SM Sains Hulu Terengganu
SM Sains Setiu
KelantanSM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra
SM Sains Machang, Kelantan
SM Sains Pasir Puteh
SM Sains Jeli
SM Sains Gua Musang
SabahSM Sains Sabah
SM Sains Lahad Datu
WP LabuanSM Sains Labuan
SarawakSM Sains Kuching
SM Sains Miri
SM Sains Kuching Utara

Permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Permohonan SBP
Pihak FLIP DOT MY ingin memaklumkan bahawa tawaran permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh kini dibuka. Murid-murid yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke sino boleh memohon dam menduduki pentaksiran yang akan dijalankan:-
Permohonan Tingkatan Satu (1) 2022
https://spskt1.moe.gov.my/
Permohonan Tingkatan Empat (4) 2022
https://spskt4.moe.gov.my/

Tarikh Permohonan Dibuka: 10 Oktober 2022

Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2022

Keputusan Pemilihan Murid: 15 Mac 2022

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🟢 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🟤 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

7 thoughts on “Permohonan SBP 2022: Sekolah Berasrama Penuh Seluruh Malaysia”

Leave a Comment

error: Content is protected !!