Ujian SEGAK KPM Untuk Mengukur Tahap Kecergasan Murid

Kali ini pihak FLIP.MY akan kongsikan maklumat dan informasi mengenai Ujian SEGAK KPM yang akan dijalani oleh murid-murid bermula tahun 4 di sekolah rendah sehinggalah tingkatan 5 di sekolah menengah.

Tahap kecergasan murid ini amat penting dan turut direkodkan dalam pengkalan data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK).

Apa maksud SEGAK? SEGAK ialah salah satu program untuk menilai murid melalui Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program ini telah disusun selari dengan penyampaian kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah di seluruh Malaysia.

SOP Ujian SEGAK KPM 2021

Aktiviti Ujian SEGAK KPM

Guru-guru Pendidikan Jasmani dan murid-murid perlulah mematuhi SOP norma baharu mengikut garis panduan pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah. Berikut merupakan antara SOP yang WAJIB dipatuhi:

  1. Mengamalkan penjarakkan fizikal
  2. Mencuci tangan dan peralatan sebelum dan selepas aktiviti.
  3. Tiada sentuhan fizikal antara satu sama-lain.
  4. Pastikan semua murid yang terlibat sihat
  5. Memakai pakaian sukan dan berkasut
  6. Setiap murid perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga

Aktiviti Ujian SEGAK KPM 2021

Ujian ini boleh diambil semasa atau di luar waktu pengajaran pendidikan Jasmani. Setiap komponen ujian ini juga mesti diselesaikan pada hari yang sama. Indeks Jisim Badan (BMI) juga akan direkodkan melalui ujian ini untuk menilai komposisi badan setiap murid.

Guru-guru akan melatih murid-murid terlebih dahulu. Murid digalakkan untuk membuat pengujian kendiri atau secara berpasangan dengan rakan atau ahli keluarga mereka. Ujian ini mesti disiapkan mengikut urutan. urutan item 5 bateri ujian SEGAK adalah seperti berikut:

Ujian SEGAK
  1. Naik Turun Bangku (3 minit)
  2. Tekan Tubi (1 minit)
  3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
  4. Jangkauan Melunjur

Ibu bapa dan murid-murid khususnya perlu sentiasa peka, berpengetahuan dan mempraktikkan aktiviti-aktiviti fizikal untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap Kecergasan yang optimum. Tonton video ini untuk mendapatkan lebih maklumat.

Semoga maklumat yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid tentang prestasi dn pencapaian yang cemerlang secara holistik di sekolah.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

3 thoughts on “Ujian SEGAK KPM Untuk Mengukur Tahap Kecergasan Murid”

  1. sangat membantu tapi boleh tak kalau buat dengan cara buat ujian segak dan cara kira kecergasan murid BMI pun saya nak tahu boleh satu lagi blog macam yang saya ni ?????

    Reply
  2. boleh ke berat badan normal itu wajib untuk ada ??macammana nak tahu??jadi kalau kami tak dapat berat badan yang tidak nomal macamana nak normalkan ?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!