Buku Cerita Online Percuma Sesuai untuk Bacaan NILAM Murid

FLIP DOT MY kongsikan Buku Cerita Online yang sesuai dimanfaatkan oleh murid-murid pada waktu senggang. Bacaan ini murid-murid bolehlah isi dalam rekod NILAM. Lebih mudah sekarang, rekod nilam boleh diisi secara dalam talian sahaja, tak perlu lagi tulis dalam buku.

Dengan keadaan yang terbatas, sesi persekolah yang ditangguhkan, SOP yang ketat, pastinya bahan bacaan digital menjadi permintaan yang tinggi. Ingat, rekod bacaan NILAM yang tinggi juga dapat membantu markah yang tinggi dalam Rekod Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Jenis-Jenis Bahan Bacaan yang Direkodkan

Bahan bacaan merangkumi dua jenis bahan, iaitu buku dan bahan bukan buku. Murid-murid boleh merekodkan bahan bacaan pelbagai format dan diperoleh dari sumber yang pelbagai ke dalam sistem iQ-NILAM.

  1. Bahan yang boleh dibaca dan direkodkan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal atau juga buku cerita online (ebook). Bahan bacaan ini boleh didapati dari koleksi yang ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, perpustakaan awam, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan atau diperoleh dari sumber internet.
  2. Bahan bukan buku pula ialah bahan yang boleh dibaca selain daripada naskhah fizikal atau digital seperti artikel, jurnal, laporan, risalah, majalah, komik, poster, brosur dan lain-lain bahan bacaan.

Baca juga: Cara Rekod Bacaan dalam iQ-NILAM

Buku Cerita Online

Kelebihan Menggunakan Buku Cerita Online

Menggunakan bahan bacaan dalam talian merupakan salah satu inisiatif yang boleh diambil sekiranya murid menghadapi kesukaran untuk mengunjung ke perpustakaan sekolah atau perpustakaan komuniti.

Dengan memanfaatkan bahan bacaan yang dikongsikan dalam bentuk pdf ini, murid tidak perlu menghabiskan wang ringgit untuk membeli bahan bacaan baharu setiap kali menghabiskan bacaan.

Amalan membaca dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara berguna, dan juga dapat membuat anak tidak lagi menghabiskan masa bermain permainan video atau menonton video yang kurang bermanfaat di media sosial.

Menghabiskan bacaan akan meningkatkan tahap pengetahuan pembaca. Membaca adalah jambatan pengetahuan, kerana melalui pembacaan, murid-murid akan dapat memperoleh maklumat. Contohnya, kanak-kanak yang membaca bahan berbahasa Inggeris akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan kosa kata mereka.

Dapatkan juga: Koleksi Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Koleksi Buku Cerita Online

Bahan Bacaan Online Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini mengandungi juga cerita pendek untuk kanak-kanak. Dengan membaca, kanak-kanak akan lebih terbuka mindanya. Aktiviti membaca dapat menambahka ilmu, kosa kata dan juga kecekapan berbahasa.

  1. Perpustakaan Negara Malaysia dalam Talian
  2. Bahan-bahan bacaan bahasa Inggeris
  3. Koleksi bahan bacaan bahasa Melayu
  4. Buku Cerita Rekaan Guru
Baca buku online Percuma

Koleksi Buku-Buku Keagamaan

Terdapat lebih 100 buah buku digital keagamaan yang dikongsikan secara percuma oleh Rumah Fiqih. Bahan ini memberi manfaat yang tidak terkira buat semua pembaca untuk menambah ilmu

Klik : https://t.co/NUEnSGMq7a

  1. Buku versi PDF ini diformat untuk selesa dibaca melalui telefon pintar, meskipun tetap boleh diakses menggunakan komputer, komputer riba atau tablet.
  2. Buku ini waqaf adalah sumbangan daripada pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
  3. Mohon untuk rakan-rakan kongsikan pautan ini supaya kita juga berpeluang memperoleh pahala menyebarkan ilmu agama.
Baca Buku Online Keagamaan

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

23 thoughts on “Buku Cerita Online Percuma Sesuai untuk Bacaan NILAM Murid”

Leave a Comment

error: Content is protected !!