Ujian Saringan Covid-19 Di Sekolah-Sekolah KPM Seluruh Malaysia

Maklumat Ujian Saringan Covid-19 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia ini dikongsikan untuk memberi pendedahan kepada guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah rendah berkaitan maklumat terkini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memaklumka bahawa mulai Isnin ini murid-murid sekolah rendah perlu menjalani pemeriksaan Covid-19 secara mingguan.

Beliau berkata ini merupakan sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS), yang bertujuan untuk mengelakkan penularan virus ini di sekolah dan tercetusnya kluster pendidikan.

Baca Juga: Semak kadar vaksinasi murid, guru dan staf sekolah anda

Keperluan Ujian Saringan Covid-19

Seperti yang telah digariskan dalam National COVID-19 Testing Strategy, berikut merupakan antara keperluan ujian pengesanan bagi aktiviti khusus:

  1. Tempat Kerja
    • Tempat kerja berisiko rendah
    • Tempat kerja berisiko tinggi
  2. Sektor Pendidikan
    • Univesiti, Kolej dan sekolah berasrama
    • Sekolah menengah harian
    • Sekolah rendah dan prasekolah yang meliputi murid, guru dan staf sokongan institusi
  3. Perkumpulan Berskala Besar
  4. Kumpulan Sasar
  5. Pengembara dari Luar Negara

Murid Sekolah Rendah Perlu Disaring

“Antara perkara yang terkandung dalam NTS adalah keperluan sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia, yang muridnya adalah bawah umur kelayakan untuk menerima vaksin, perlu disaring.

Beliau berkata pada sidang media mengenai perkembangan pandemik ketika ini, “Pengujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10% sampel murid sekolah secara bergilir-gilir, dan sampel yang berbeza perlu dilaksanakan setiap minggu.”

Baca Juga: Contoh Surat Makluman Ketidakhadiran Anak ke Sekolah

Semua murid perlu menjalani saringan tanpa mengira sama ada mereka mempunyai gejala ataupun tidak. Saringan ini juga perlu dilakukan menggunakan kit ujian kendiri RTK-Ag dengan dipantau oleh pihak sekolah.

Borang Kebenaran Ujian Kendiri COVID-19

Panduan untuk guru-guru. Berikut merupakan beberapa borang yang diperlukan untuk maklum balas daripada ibu bapa. Muat turun melalui pautan di bawah:

  1. Borang Kebenaran Pelaksanaan Ujian Kendiri Covid-19
  2. Borang Pengisytiharan Kesihatan
  3. Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Murid Berkeperluan Khas (MBK)
  4. Borang Deklarasi Saringan Covid-19

Muat turun dan cetak borang yang berkaitan untuk edaran dan tindakan lanjut seterusnya.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!