Elak Buli, Ketahui 7 Teknik Pertahankan Diri daripada Penyerang

Kini kerap berlaku kes-kes yang kurang menyenangkan dalam kalangan murid. FLIP DOT MY berkongsi tujuk teknik atau langkah untuk elak buli di Sekolah. Kejadian pelajar atau murid di buli bukan sahaja mengakibatkan gangguan emosi, namun juga turut mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Kemahiran mempertahankan diri boleh dikatakan sebagai salah satu kemahiran terpenting yang perlu dikuasai oleh pelajar masa kini supaya mereka tahu cara mengambil tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi yang membahayakan diri atau elak buli.

Pengetahuan ini amat berguna untuk mengelakkan murid-murid daripada dibuli dan seterusnya melindungi diri mereka dalam situasi yang mengancam nyawa.

Jika berkesempatan, murid-murid digalakkan untuk belajar ilmu seni mempertahankan diri yang ditawarkan oleh pihak sekolah, universiti atau komuniti, seperti silat, taekwondo dan lain-lain lagi.

Jika terdapat kekangan untuk menyertainya, jangan risau, kerana kajian yang dijalankan oleh Universiti Oregon mendapati bahawa jika anda diserang atau diancam, terdapat beberapa teknik pertahanan diri yang boleh membantu.

Langkah-Langkah Untuk Elak Buli

Berikut merupakan catatan dan gambar rajah yang disediakan oleh laman brightside untuk melengkapkan panduan kali ini. Panduan ini boleh digunakan sekiranya pelajar diserang dan dibuli secara fizikal.

elak buli di sekolah
  1. Pusingkan jari ke bahagian belakang sendi pembuli. Ini akan menyebabkan kesakitan dan membolehkan anda mudah untuk melepaskan diri daripada cengkaman penyerang.
elak dibuli

2. Jika penyerang cuba untuk mencengkam leher anda, gunakan telunjuk dan jari tengah anda untuk mencucuk kerongkong atau matanya.

anti buli

3. Pegang rambut penyerang, tarik kepalanya ke bawah, dan halakan lutut anda sekuat mungkin ke arah mukanya.

elak buli rakan

4. Gigit sekuat hati mana-mana bahagian badan penyerang yang berhampiran dengan muka anda. Langkah ini akan berkesan walaupun tangan anda diikat.

jangan buli

5. Tendangan tumbukan secara tiba-tiba akan memberikan kejutan dan kesakitan kepada penyerang. Keadaan ini akan membolehkan anda meloloskan diri daripada penyerang tersebut.

6. Jika anda dicengkam dari arah belakang, selain menggunakan pukulan atau hentakan, anda juga boleh memukul penyerang tersebut dengan menggunakan siku anda atau mencubitnya.

tips elak buli

7. Tendang ke pangkal paha atau kemaluan penyerang merupakan salah satu cara paling berkesan untuk melawan mereka. Kesakitan yang dialaminya membolehkan anda melepaskan diri dengan lebih mudah.

Akhir sekali, perlu diingatkan bahawa kemahiran mempertahankan diri hanyalah penyelesaian sementara untuk elak buli; sekiranya anda berada dalam situasi berbahaya. Perkara yang paling penting ialah memikirkan cara untuk keluar dari situasi itu.

Cuba elakkan konfrontasi kerana pencegahan adalah penyelesaian terbaik. Jangan lupa untuk berkongsi masalah atau salah laku rakan-rakan kepada guru ataupun kaunselor agar keadaaan buruk tidak berpanjangan.

Sekolah adalah tempat selamat untuk menimba ilmu. Sebarang bentuk tingkah laku yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan murid adalah sama sekali ditegah.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

3 thoughts on “Elak Buli, Ketahui 7 Teknik Pertahankan Diri daripada Penyerang”

Leave a Comment

error: Content is protected !!