Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Cuti Hari Kelepasan Am Pada Hari Jumaat

PUTRAJAYA, 1 DISEMBER 2021 – Susulan kemenangan Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang telah menjuarai Final TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pejabat Menteri Wilayah Persekutuan telah membuat pengumuman rasmi mengenai cuti hari kelepasan am.

Kemenangan semalam adalah pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada tahun 1989.

Baca juga: Murid sekolah rendah wajib menjalani saringan ujian Covid-19

Justeru adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

Pengisytiharan Cuti Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (2) Akta Had Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

cuti hari kelepasan am wilayah persekutuan

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!