Jenis dan Senarai Contoh Kata Majmuk Dalam Bahasa Melayu

Kata majmuk terbentuk apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan atau dirangkaikan untuk mencipta makna yang tertentu. Perkataan yang dirangkaikan ini ditulis secara bercantum dan ada juga dieja secara terpisah.

Jenis kata ini boleh dikelompokkan kepada beberapa jenis iaitu:

  1. Kata majmuk rangkai kata bebas
  2. Kata majmuk kiasan
  3. Kata majmuk istilah khusus

Kata majmuk rangkai kata bebas

Kata majmuk ini tidak mempunyai hubungan antara perkataan yang pertama dan kedua. Ini bermaksud setiap perkataan mempunyai makna yang tersendiri. Berikut merupakan contoh perkataan majmuk rangkai kata bebas.

Antara contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah :

  1. Jalan raya
  2. Beg tangan
  3. Jam tangan
  4. Bandar raya
  5. Meja tulis

Kata majmuk istilah khusus

Kata majmuk istilah khusus terbentuk daripada perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Selalunya kata ini digunakan dalam bidang Sains, Matematik dan Geografi.

Contoh perkataan yang mengunakan kata majmuk istilah khusus boleh dilihat di bawah.

  1. Garis pusat
  2. Sudut tegak
  3. Mata pelajaran
  4. Kertas kerja
  5. Reka bentuk
  6. Segi tiga
  7. Tabung uji
  8. Cari gali
  9. Keratan rentas

Kata majmuk istilah Khusus

Kata majmuk simpulan bahasa merupakan kata yang terhasil dari pengunaan simpulan bahasa.
Kebanyakkan peribahasa adalah dalam bentuk kata majmuk. Contoh peribahasa yang terdapat dalam kata majmuk simpulan bahasa boleh dilihat di bawah.

  1. Pilih Kasih
  2. Anak tunggal
  3. Batu api
  4. Makan Angin
  5. Kaki ayam
  6. Pilih kasih
  7. Anak Emas
  8. Ayam tambatan
  9. Kaki bangku
  10. Berat tangan

Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk berlaku apabila kata majmuk digandakan dan ianya hanya melibatkan kata yang pertama.

Pengandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan kesuluruhan kata tersebut. Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata yang pertama.

Kata tunggalKata jamak
Alat tulisAlat-alat tulis
Kapal besarKapal-kapal besar
Gambar rajahGambar-gambar rajah

Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan bentuk mantap adalah seperti berikut:

Kata tunggalKata jamak
WarganegaraWarganegara-warganegara
TandatanganTandatangan-tandatangan
JawatankuasaJawatankuasa-jawatankuasa

Kata majmuk mantap

Kata majmuk yang sudah mantap merupakan perkataan yang biasanya dieja sebagai satu perkataan.
Di bawah ialah contoh kata yang dieja sebagai satu perkataan

  1. Antarabangsa
  2. Bumiputera
  3. Warganegara
  4. Kakitangan
  5. Olahraga
  6. Beritahu
  7. Pesuruhjaya
  8. Setiausaha
  9. Sukarela
  10. Kerjasama

Nota dan Panduan Bahasa Melayu

Sekiranya guru-guru, ibu bapa atau murid-murid ingin melanjutkan pembelajaran mengenai bahasa, klik tajuk-tajuk pilihan yang berikut:

  1. Kata Majmuk

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

kata majmuk

2 thoughts on “Jenis dan Senarai Contoh Kata Majmuk Dalam Bahasa Melayu”

  1. Menambah baik = sebab bergabung dgn imbuhan awalan MeN-

    Kecuali jika bergabung dgn imbuhan apitan, contohnya imbuhan Pe- … -an; penambahbaikan…

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!