Strategi M2P: Mampatan Pecutan dan Pengayaan

Strategi mampatan pecutan dan pengayaan atau (M2P) ialah salah satu strategi yang boleh dipertimbangkan dan diaplikasikan guru untuk memastikan muri menguasai kandungan kurikulum yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.

strategi ini membolehkan guru merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) mengikut kesesuaian kebolehan dan keperluan murid ini memberi guru autonomi di mana pelaksanaan kurikulum menjadi lebih fleksibel dan Perancangan PDP dapat difokuskan kepada keperluan murid secara individu.

Konsep Strategi M2P

Konsep strategi ini terdiri daripada empat elemen bermula dengan proses mampatan, pecutan, pengayaan dan pedagogi terbeza proses pecutan akan terhasil apabila mampatan kurikulum berlaku.

Mampatan membawa maksud susunan semula kandungan kurikulum mengikut tema, topik, kemahiran, objektif, dan lain-lain supaya pembelajaran murid dapat dibina dalam masa yang lebih singkat.

Secara tidak langsung elemen pecutan akan mewujudkan pengayaan dan pedagogi terbeza dilakukan oleh guru. Semua elemen ini berlaku secara proses sulaman serentak mengikut keperluan kognitif murid yang berbeza serta kreativiti guru dalam menyediakan aktiviti PDP.

Pedagogi Terbeza Strategi M2P

Baca juga : SumberKU KPM sediakan bahan pembelajaran berkesan

Proses Pelaksanaan Strategi M2P

Keupayaan murid yang pelbagai akan dikenalpasti melalui pra ujian murid kemudian dibahagikan mengikut tiga kumpulan keupayaan iaitu:

  1. Kumpulan kukuh 1 yang terdiri daripada kumpulan murid yang belum menguasai kandungan kurikulum.
  2. Kumpulan kedua adalah kumpulan murid yang telah menguasai kandungan kurikulum.
  3. Kumpulan pengayaan merupakan kumpulan murid yang telah menguasai sepenuhnya kandungan kurikulum melebihi rakan yang lain.

Syarat Penggunaan Strategi M2P

Sebelum mempertimbangkan dan memilih untuk menggunakan perancangan ini, guru perlu memenuhi empat syarat yang berikut:

  1. Guru mestilah menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar.
  2. Guru perlu memahami dan menghayati konsep M2P.
  3. Kesediaan guru untuk melaksanakan strategi mampatan, pecutan dan pengayaan.
  4. Murid telah menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan.

Templat Panduan Perancangan Pengajaran

Templat panduan perancangan strategik Wati dalam pelaksanaan kurikulum boleh digunakan sebagai panduan bagi merancang PDP guru. Templat ini selaras dengan kebanyakan templat rancangan pengajaran harian yang digunakan oleh guru.

Namun terdapat beberapa penambahan maklumat seperti seperti tempoh atau masa pra ujian dan kumpulan murid dinyatakan agar menepati definisi dan objektif strategi yang digunakan.

Templat RPH Strategi M2P
Templat Strategi M2P
Bahasa Melayu Strategi M2P
Impak Strategi M2P

Garis Panduan Strategi M2P

Panduan yang terperinci boleh diakses dari SumberKu KPM menggunakan Portal DELIMa KPM yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Diharapkan agar langkah strategik ini dapat membantu guru agar lebih kreatif dan inovatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PDP bagi memenuhi keperluan murid secara individu.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!