Laman pembelajaran DELIMa KPM merupakan antara portal terunggul yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang boleh didapati daripada portal ini, sama ada kepada guru mahupun murid.
Guru dan murid kini boleh mengajar dan belajar di rumah secara sistematik melalui portal Inisiatif Pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Portal ini dibangunkan dengan kerjasama Microsoft, Google dan Apple.
Untuk makluman pengunjung di sini, Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, telah melancarkan portal ini pada 15 Jun 2020. Portal ini adalah penjenamaan semula Google Classroom platform pembelajaran digital MOE yang dikembangkan oleh KPM selepas tamatnya kontrak penggunaan portal Frog VLE.
Manfaat daripada Kerjasama Membangunkan Portal Pembelajaran
Bagi membekalkan kandungan di Portal DELIMa KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan usaha sama dengan pelbagai pihak. Hal ini adalah untuk memastikan kepelbagaian kandungan pengajaran dan pembelajaran dapat dibekalkan kepada guru dan juga murid. Antara pihak yang terlibat ialah:-
- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
- United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF)
- Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
- DIGI
- ASTRO
Selain daripada emelnya boleh digunakan untuk IQ-Nilam, guru-guru dan murid boleh menggunakan banyak aplikasi menarik. Contohnya, perisian atau aplikasi premium berikut:
- Microsoft Office 365
- Blendspace
- Plickers
- Padlet
- Canva
- Digital Textbook
- WolframAlpha
- Plickers
- Edpuzzle
- Aplikasi di bawah Google
DELIMa KPM 2.0 Login yang Lebih Mudah
Kini, para pengguna dapat log masuk dengan lebih pantas. Sebelum log masuk ke Portal DELIMa MOE ini, guru dan murid perlu mendapatkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh sekolah untuk mengakses portal.
Jika terlupa kata laluan, berhubunglah dengan guru kelas atau guru penyelaras ICT sekolah untuk mendapatkan kata lalauan yang baharu. Pangkalan data akan meminta anda menukar kata laluan setelah kali perta,a login.
Untuk mengakses portal DELIMa, guru dan juga muri-murid boleh mengikuti cara-cara ataupun panduan di bawah:
- Klik pautan ke Portal DELIMa KPM 2.0 https://d2.delima.edu.my/login
- Pilih butang biru Log Masuk.
- Masukkan ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh guru kelas atau pihak sekolah.
- Klik butang Login.
- Seterusnya, klik pada menu pilih Pelajar, Guru atau Sekolah.
- Akhir sekali, pilih aplikasi atau fungsi ingin digunakan untuk menyokong sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru-guru ataupun murid mempunyai permasalahan atau ingin mengemukakan pertanyaan lebih lanjut mengenai portal DELIMa, sila hubungi guru kelas atau guru penyelaras bestari yang menguruskan portal ini.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
saya tak boleh masuk delima ini