Buku Teks Sejarah KSSM Versi Digital dalam Format PDF

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5 telah dicetak dengan warna lebih baik dan kelihatan lebih menarik. Langkah mendigitalkan bahan pembelajaran ini bukan sahaja bermanfaat dan memudahkan guru dan murid, tetapi juga menjimatkan kos cetakan untuk kegunaan pembelajaran.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan bahawa Buku Teks yang diguna pakai ini telah mematuhi semua prosedur penerbitan untuk memastikan kualiti kandungannya, termasuklah ketepatan fakta.

Pelbagai aktiviti dirancang berdasarkan pembelajaran berasaskan inkuiri, yang dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid. Kandungan naskhah ini memberi keutamaan kepada pembelajaran kendiri supaya pelajar dapat menilai pembelajaran mereka sendiri.

Berkaitan: Senarai Penuh Buku Teks Digital KPM

Muat Turun Buku Teks Sejarah

Kawalan mutu naskhah telah dilaksanakan merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar.

Pada peringkat awal, versi bercetak akan digunakan seperti biasa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid-murid boleh memuat turun bahan berikut dalam format PDF untuk kegunaan pembelajaran di rumah.

Penerbitan buku teks ini adalah berdasarkan Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penerbitan ini juga telah mematuhi prosedur operasi standard penerbitan yang dikemas kini pada tahun 2018.

No.Buku Teks Sejarah Versi DigitalMuat Turun
1Tingkatan 1Muat Turun
2Tingkatan 2Muat Turun
3Tingkatan 3Muat Turun
4Tingkatan 4Muat Turun
5Tingkatan 5Muat Turun

Pengeluaran bahan pembelajaran dalam versi digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dari 2013 hingga 2025, yang diperkenalkan dalam tiga fasa oleh pihak kerajaan. sebelumnya.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Buku Teks Sekolah Menengah

No.AliranMuat Turun (SMK)
1Tingkatan 1https://book.pandai.org/form1
2Tingkatan 2https://book.pandai.org/form2
3Tingkatan 3https://book.pandai.org/form3
4Tingkatan 4https://book.pandai.org/form4
5Tingkatan 5https://book.pandai.org/form5
6Peralihanhttps://book.pandai.org/peralihan

Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal kualiti Buku Teks Sejarah ini dengan melantik pasukan penilaian yang terdiri daripada pensyarah dari universiti awam, pensyarah dari Institut Perguruan Malaysia, guru pakar, guru cemerlang, dan guru akademik yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Kementerian Pendidikan juga akan memberikan panduan dan panduan penulisan dan mempelawa penerbit untuk mengambil bahagian dalam penyediaan naskhah ini. Naskhah yang terbaik dan berkualiti tinggi akan dipilih untuk digunakan dalam sistem pendidikan nasional.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!