PKSK KPM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

PKSK KPM bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 merujuk kepada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2020.

Pentaksiran ini merupakan inisiatif saringan murid-murid susulan pembatalan pelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020 yang lalu. Ini merupakan indikator baharu untuk menempatkan murid di sekolah-sekolah berikut:-

  1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  4. Kolej Vokasional (KV)
  5. Maktab Tentera Diraja (MTD)
  6. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan dan PKSK KPM

PerkaraTingkatan 1Tingkatan 4
Permohonan dalam talian10 Oktober 2021
– 15 November 2021
10 Oktober 2021
– 15 November 2021
Semakan Pusat PKSK1 Disember 20211 Disember 2021
Pelaksanaan PKSK17 Januari 2022
– 27 Januari 2022
7 Februari 2022
– 17 Februari 2022
Keputusan Tawaran15 Mac 202215 Mac 2022
Pendaftaranakan dikemaskiniakan dikemaskini
Rayuan15 – 29 Mac 2022 15 – 29 Mac 2022

Persediaan Semasa Membuat Permohonan

Calon yang memohon perlu menggunakan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem secara automatik akan mengesan padanan maklumat murid yang telah berada dalam sistem APDM.

Pemohon dibenarkan membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa maklumat lain yang diperlukan.

Artikel Berkaitan: Permohonan Ke Sekolah Khusus 2022: Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Format Pentaksiran Melalui PKSK KPM

Berikut pula merupakan format PKSK dengan pecahan dan wajaran komponen yang dinilai. Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%).

  1. Kecerdasan Insaniah: Elemen kecerdasan emosi, kecerdasan rohani dan kecerdasan kemahiran insaniah digunakan untuk mengenal pasti karakter murid;
  2. Kecerdasan Intelek: Elemen kecerdasan intelektual, pengetahuan am dan penyelesaian masalah digunakan untuk mengukur tahap kognitif murid; dan
  3. Artikulasi Penulisan: Elemen ini adalah untuk mengenal pasti percambahan idea. tahap kreativiti, hujahan serta kecenderungan murid dalam sesuatu bidang.

Pentakdiran ini akan dijalankan secara berpusat. Calon-calon yang memohon akan ditaksir secara dalam talian bagi komponen 1 dan 2 manakala secara bertulis bagi komponen ketiga.

Ujian PKSK Tingkatan 1 dan 4

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

3 thoughts on “PKSK KPM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus”

Leave a Comment

error: Content is protected !!