Senarai MRSM di Seluruh Malaysia Mengikut Tawaran Program

FLIP.MY membawakan Senarai MRSM yang ditawarkan di seluruh Malaysia. Senarai Maktab Rendah Sains MARA ini telah disusun mengikut program untuk memudahkan ibu bapa dan murid memilih program yang ingin dimohon. Permohonan MRSM akan dibuka setiap tahun untuk memberi peluang kepada golongan Bumiputera belajar di sini.

Institusi pendidikan ini merupakan kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dibentuk untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan juga berdaya maju.

Pemilihan sekolah yang tepat untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu langkah yang baik untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi diri dalam suasana yang baik.

Senarai MRSM Program Premier

Senarai MRSM Primer

Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM clan kurikulum MARA yang merangkumi modal pembangunan sahsiah, modul keusahawanan clan modul kemahiran insaniah.

  1. Arau, Perlis
  2. Beseri, Perlis
  3. Felda, Sungkai, Perak
  4. Gerik, Perak
  5. Jeli, Kelantan
  6. Kuala Berang, Terengganu
  7. Lenggong, Perak
  8. Merbok, Kedah
  9. Mersing, Johor
  10. Muadzam Shah, Pahang
  11. Muar, Johor
  12. Pasir Salak, Perak
  13. Pasir Tumboh, Kelantan
  14. Pendang, Kedah
  15. Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
  16. Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
  17. Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
  18. Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  19. Kota Kinabalu, Sabah
  20. Mukah, Sarawak
  21. Betong, Sarawak
  22. Kuching, Sarawak
  23. Terendak, Melaka
  24. Besut, Terengganu
  25. PDRM, Kulim, Kedah
  26. Pengkalan Hulu, Perak

Senarai MRSM Program Bitara/PKP

Senarai MRSM PKP

Program Khas Pendidikan (PKP) atau Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.

Program pintar cerdas (gifted) menekankan kemahiran berfkir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pelaksanaan model pendidikan pintar cerdas di MRSM PKP adalah bagi memenuhi keperluan pelajar yang terbeza dari segi keupayaan intelek, kecekapan berkir, potensi serta keperluan pendidikan dan bimbingan.

  • Tun Ghafar Baba, Jasin, melaka
  • Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Taiping, Perak

Senarai MRSM Program IGCSE

Senarai MRSM IGCSE

Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti pembelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan. Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah (value add) kepada pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

  1. Alor Gajah, Melaka
  2. Johor Bahru, Johor
  3. Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  4. Kuala Kubu Bharu, Selangor
  5. Kubang Pasu, Kedah
  6. Parit, Perak
  7. Kuantan, Pahang
  8. Tumpat, Kelantan
  9. Tun Abdul Razak, Pahang
  10. Langkawi, Kedah
  11. Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  12. Kuching Sarawak

Senarai MRSM Program Ulul Albab

Senarai MRSM Ulul Albab

Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.

Program Ulul Albab ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

  1. Gemenceh, Negeri Sembilan
  2. Kepala Batas, Pulau Pinang
  3. Kota Putra, Besut, Terengganu
  4. Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
  5. Semporna, Sabah

Senarai MRSM Program Teknikal

Senarai MRSM Teknikal

Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Tidak banyak yang menyediakan program ini, hanya satu kampus sahaja yang menawarkan jurusan teknikal. Jika anak-anak berminat, bolehlah memohon untuk kemasukan:-

  • Bentong, Pahang

Senarai MRSM Program IB MYP

Senarai MRSM IB MYP

Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang menggalakkkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan
menghasilkan pemikir yang reflektif. Pengajaran dan pembelajaran dalam IB-MYP merupakan satu kerangka yang fleksibel dan disesuaikan dengan keperluan kurikulum sedia ada.

  1. Balik Pulau, Pulau Pinang
  2. Tun Dr, Ismail, Pontian
  3. Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah

Semua sistem pendidikan di Maktab rendah Sains MARA telah disusun berteraskan Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Kurikulum ini adalah berteraskan pembinaan karekter insan yang cemerlang secara holistik, inovatif dan juga berintegriti.

Semoga perkongsian senarai MRSM di Seluruh Malaysia ini dapat membantu ibu bapa atau murid-murid membuat pemilihan kampus yang tepat untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

4 thoughts on “Senarai MRSM di Seluruh Malaysia Mengikut Tawaran Program”

  1. Sistem pendidikan MRSM adalah bersifat ” up to date” yang bersesuaian dengan perkembangan sains, teknologi dan tidak lupa yang menjurus ke arah ukhrawi. Pilihan terletak di tangan sendiri berdasarkan pengalaman ada anak yang pernah menerima pendidikan di MRSM.

    Reply
  2. Salam Sejahtera Saya Cuba masuk MRSM untuk anak saya Tingkatan 1 tapi tak berjaya mcm2 problem di sistem, apa yang boleh saya buat untuk hadir ke peperiksaan pada Januari 2022, tolong tunjuk ajar Tuan Puan agar anak saya boleh dapat masuk MRSR..016 4553314, 0164416008

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!