Permohonan MRSM 2022 Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2022 bakal dibuka pada minggu keempat Ogos 2021. Tarikh sebenar akan diumumkan oleh pihak pengurusan apabila sistem permohonan bersedia untuk menerima permohonan. Murid-murid yang layak boleh bersedia. Jom ikuti FLIP.MY untuk melihat maklumat lanjut mengenai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Iklan kemasukan murid ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk tahun 2022 akan dibuka pada minggu keempat bulan Ogos 2021. Hal ini telah dimaklumkan oleh Datuk Azizah Mohd Dun yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau juga memaklumkan bahawa calon messti memohon melalui sistem dalam talian ini akan dibuka sehingga awal November 2021. Pemohon yang layak akan terlebih dahulu menjalani Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bermula dari November 2021 hingga Januari 2022.

Maklumat Penting : Tarikh Permohonan MRSM 2022

Urusan kemasukan ini adalah seratus peratus (100%) dikendalikan oleh ibu bapa dan penjaga. Pastikan ibu bapa dan penjaga tidak terlepas tarikh-tarikh penting berkenaan urusan permohonan kemasukan ini. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi calon yang memohon:-

PerkaraTarikh
Permohonan Dibuka29 Ogos 2021
Permohonan Ditutup 5 November 2021
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSMNovember 2021 – Januari 2022
Pendaftaran Pelajar BaharuApril 2022
*Sumber Berita Harian : akan dikemaskini dari masa ke masa

Tatacara dan Panduan Permohonan MRSM

Permohonan MRSM 2022

FLIP.MY akan menunjukkan cara-cara untuk memohon. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:-

  • Layari pautan rasmi berikut untuk memohon MRSM bagi murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula 10.00 pagi (29 Ogos 2021).
  • Sistem permohonan untuk kemasukan pada tahun 2022 hanya akan diaktifkan pada tarikh dan waktu yang telah di nyatakan pada bahagian makluman tarikh penting.
  • Sebelum calon mengakses sistem tersebut, pemohon perlu terlebih dahulu perlu daftar sebagai pengguna. Pautan pendaftaran pengguna disertakan pada halaman yang sama.
  • Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna serta mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk). Sistem borang permohonan dalam talian MRSM boleh diisi dan dilengkapkan.
  • Semua maklumat, langkah dan panduan aplikasi, serta syarat kemasukan MRSM 2022 terdapat di laman sistem yang sama.

Syarat-Syarat Permohonan MRSM 2022

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Calon-calon perlu mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sebagai salah satu syarat kemasukan. Ujian ini adalah untuk untuk menguji potensi dan minat calon melibatkan mata pelajaran Sains,  MatematikBahasa Inggeris dan Ujian Keperibadian. Pemohon program Ulul Albab pula mesti menjalani ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

SEMAKAN UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) TINGKATAN SATU 2022

Semakan boleh dibuat bermula 29 November 2021, jam 10.00 pagi melalui pautan dibawah:

  1. Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanUKKMF1
  2. Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanUKKMF4

Calon mesti lulus keempat-empat UKKM agar layak dipertimbangkan untuk diterima belajar di MRSM, dan keutamaan pula diberikan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Sebaiknya pemohon memohon terlebih dahulu dengan lebih awal untuk mengelakkan masalah dan melancarkan UKKM yang akan dilaksanakan,

  1. KEPERIBADIAN
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 100 SOALAN OBJEKTIF
  2. SAINS
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 30 SOALAN OBJEKTIF
  3. MATEMATIK
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 20 SOALAN OBJEKTIF
  4. BAHASA INGGERIS
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 15 SOALAN OBJEKTIF
  5. UJIAN KHAS ULUL ALBAB TINGKATAN 1
    • MASA MENJAWAB : 35 MINIT
    • UJIAN HAFAZAN & UJIAN JAWI
    • *BAGI CALON YANG MEMOHON PROGRAM ULUL ALBAB
  6. UJIAN TEKNIKAL TINGKATAN 1
    • MASA MENJAWAB : 35 MINIT
    • *BAGI CALON YANG MEMOHON PROGRAM TEKNIKAL

Permohonan MRSM : Senarai Tawaran Program

Bidang MRSM Permohonan MRSM

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA ini. Kesemua enam program ini adalah berpaksikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Setiap satu kampus akan memberikan tawaran program yang berbeza.

Berikut merupakan program yang ditawarkan:

  1. Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modal pembangunan sahsiah, modul keusahawanan clan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program a liran agama termasuk Tahfiz Al-Cluran.
  4. Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  6. Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Pemohon perlu juga menyemak lokasi program yang ditawarkan sebelum membuat Permohonan MRSM 2022 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini. Semoga calon dapat belajar dalam program yang diminati dan menjadi pilihan utama ketika memohon.

Baca Juga: Senarai MRSM di Seluruh Malaysia mengikut Twaran Program

Jika terdapat sebarang kekeliruan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh langsung ke pautan berikut:-

  1. Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
  2. eWarta MARA
  3. Portal Web Rasmi MARA

Sejarah Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA

MRSM atau dalam bahasa Inggerisnya MARA Junior Science College (MJSC) ditubuhkan untuk memperkembang pendidikan dalam bidang sains dan teknologi kepada anak-anak Bumiputera. Seramai 150 pelajar perintis menjadi kumpulan pertama murid yang diterima masuk ke MRSM Seremban.

Institusi ini adalah yang pertama, dibuka pada tahun 1972. Kolej ini ditubuhkan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah dinaik taraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1993.

  1. Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan 1972
  2. MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 1973
  3. MRSM Kuantan, Pahang 1974
  4. MRSM/ Kolej MARA Kulim, Kedah 1977
  5. MRSM Kuala Terengganu, Terengganu 1978
  6. MRSM Muar, Johor 1980
  7. MRSM Jasin, Melaka 1981
  8. MRSM Taiping, Perak 1982
  9. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang 1982
  10. MRSM Terendak, Melaka 1983
  11. MRSM Beseri, Perlis 1985
  12. MRSM Kerteh/Kuala Berang,Terengganu 1987
  13. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan 1987
  14. MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan 1987
  15. MRSM PDRM Kulim, Kedah 1991
  16. MRSM/Kolej MARA Banting, Selangor 1992
  17. MRSM Gerik, Perak 1993
  18. MRSM Kuching, Sarawak 1993
  19. MRSM Serting, Negeri Sembilan 1993
  20. Kolej MARA Kuala Nerang Terengganu 1994
  21. MRYT-MARA Dungun, Terengganu 1995
  22. MRYT-MARA Besut, Terengganu 1995
  23. MRSM Muadzam Shah, Pahang 1995
  24. MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu 1997
  25. MRSM Langkawi, Perak 1999

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

26 thoughts on “Permohonan MRSM 2022 Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4”

    • Boleh saya semak tarikh permohonan MRSM yg telah dibuat oleh saya haritu bila ye??? Mcmn nak semak samada permohonan MRSM telah dihantar atauoyn tidak ye

      Reply
  1. Could you please email to me Ulul Albab programme qualification & location available for this course…hopefully to have a chance for my daughter to join u

    Tq

    Reply
  2. Permohonan kemasukan tingkatan 1 di MRSM 2022.. Saya dh terlepas date… Boleh isi borong jika ada kekosongan dan layak utk anak saya

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!