Permohonan MRSM 2023 Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2023 telah dibuka bermula 1 September 2022. Pihak MARA mempelawa semua calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiyiti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Calon mesti memohon melalui sistem dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Maklumat Penting : Tarikh Permohonan MRSM 2023

Urusan kemasukan ini adalah seratus peratus (100%) dikendalikan oleh ibu bapa dan penjaga. Pastikan ibu bapa dan penjaga tidak terlepas tarikh-tarikh penting berkenaan urusan permohonan kemasukan ini. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi calon yang memohon:-

PerkaraTarikh
Permohonan Dibuka1 September 2022
Permohonan Ditutup 4 November 2021
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSMNovember 2021 – Januari 2023
Pendaftaran Pelajar BaharuApril 2023
*Sumber Berita Harian : akan dikemaskini dari masa ke masa

Tatacara dan Panduan Permohonan MRSM

Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan 4

FLIP.MY akan menunjukkan cara-cara untuk memohon. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:-

  • Layari pautan rasmi berikut untuk memohon MRSM bagi murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula 10.00 pagi (1 September 2022).
  • Sistem permohonan untuk kemasukan pada tahun 2023 hanya akan diaktifkan pada tarikh dan waktu yang telah di nyatakan pada bahagian makluman tarikh penting.
  • Sebelum calon mengakses sistem tersebut, pemohon perlu terlebih dahulu perlu daftar sebagai pengguna. Pautan pendaftaran pengguna disertakan pada halaman yang sama.
  • Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna serta mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk). Sistem borang permohonan dalam talian MRSM boleh diisi dan dilengkapkan.
  • Semua maklumat, langkah dan panduan aplikasi, serta syarat kemasukan MRSM 2023 terdapat di laman sistem yang sama.

Syarat-Syarat Permohonan MRSM 2023

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon memohon secara dalam talian (online)
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
  7. lbu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Calon-calon perlu mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sebagai salah satu syarat kemasukan. Ujian ini adalah untuk untuk menguji potensi dan minat calon melibatkan mata pelajaran Sains,  MatematikBahasa Inggeris dan Ujian Keperibadian. Pemohon program Ulul Albab pula mesti menjalani ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

SEMAKAN UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) TINGKATAN SATU 2023

Semakan boleh dibuat bermula (akan dikemaskini), jam 10.00 pagi melalui pautan dibawah:

  1. Tingkatan 1 : akan dikemaskini
  2. Tingkatan 4 : akan dikemaskini

Calon mesti lulus keempat-empat UKKM agar layak dipertimbangkan untuk diterima belajar di MRSM, dan keutamaan pula diberikan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Sebaiknya pemohon memohon terlebih dahulu dengan lebih awal untuk mengelakkan masalah dan melancarkan UKKM yang akan dilaksanakan,

  1. KEPERIBADIAN
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 100 SOALAN OBJEKTIF
  2. SAINS
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 30 SOALAN OBJEKTIF
  3. MATEMATIK
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 20 SOALAN OBJEKTIF
  4. BAHASA INGGERIS
    • MASA MENJAWAB: 30 MINIT
    • JUMLAH SOALAN: 15 SOALAN OBJEKTIF
  5. UJIAN KHAS ULUL ALBAB TINGKATAN 1
    • MASA MENJAWAB : 35 MINIT
    • UJIAN HAFAZAN & UJIAN JAWI
    • *BAGI CALON YANG MEMOHON PROGRAM ULUL ALBAB
  6. UJIAN TEKNIKAL TINGKATAN 1
    • MASA MENJAWAB : 35 MINIT
    • *BAGI CALON YANG MEMOHON PROGRAM TEKNIKAL

Permohonan MRSM : Senarai Tawaran Program

Bidang MRSM Permohonan MRSM

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA ini. Kesemua enam program ini adalah berpaksikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Setiap satu kampus akan memberikan tawaran program yang berbeza.

Berikut merupakan program yang ditawarkan:

  1. Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modal pembangunan sahsiah, modul keusahawanan clan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program a liran agama termasuk Tahfiz Al-Cluran.
  4. Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  6. Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Pemohon perlu juga menyemak lokasi program yang ditawarkan sebelum membuat Permohonan MRSM 2023 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini. Semoga calon dapat belajar dalam program yang diminati dan menjadi pilihan utama ketika memohon.

Baca Juga: Senarai MRSM di Seluruh Malaysia mengikut Twaran Program

Jika terdapat sebarang kekeliruan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh langsung ke pautan berikut:-

  1. Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
  2. eWarta MARA
  3. Portal Web Rasmi MARA

Sejarah Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA

MRSM atau dalam bahasa Inggerisnya MARA Junior Science College (MJSC) ditubuhkan untuk memperkembang pendidikan dalam bidang sains dan teknologi kepada anak-anak Bumiputera. Seramai 150 pelajar perintis menjadi kumpulan pertama murid yang diterima masuk ke MRSM Seremban.

Institusi ini adalah yang pertama, dibuka pada tahun 1972. Kolej ini ditubuhkan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah dinaik taraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1993.

  1. Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan 1972
  2. MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 1973
  3. MRSM Kuantan, Pahang 1974
  4. MRSM/ Kolej MARA Kulim, Kedah 1977
  5. MRSM Kuala Terengganu, Terengganu 1978
  6. MRSM Muar, Johor 1980
  7. MRSM Jasin, Melaka 1981
  8. MRSM Taiping, Perak 1982
  9. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang 1982
  10. MRSM Terendak, Melaka 1983
  11. MRSM Beseri, Perlis 1985
  12. MRSM Kerteh/Kuala Berang,Terengganu 1987
  13. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan 1987
  14. MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan 1987
  15. MRSM PDRM Kulim, Kedah 1991
  16. MRSM/Kolej MARA Banting, Selangor 1992
  17. MRSM Gerik, Perak 1993
  18. MRSM Kuching, Sarawak 1993
  19. MRSM Serting, Negeri Sembilan 1993
  20. Kolej MARA Kuala Nerang Terengganu 1994
  21. MRYT-MARA Dungun, Terengganu 1995
  22. MRYT-MARA Besut, Terengganu 1995
  23. MRSM Muadzam Shah, Pahang 1995
  24. MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu 1997
  25. MRSM Langkawi, Perak 1999

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

27 thoughts on “Permohonan MRSM 2023 Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4”

    • Boleh saya semak tarikh permohonan MRSM yg telah dibuat oleh saya haritu bila ye??? Mcmn nak semak samada permohonan MRSM telah dihantar atauoyn tidak ye

      Reply
  1. Could you please email to me Ulul Albab programme qualification & location available for this course…hopefully to have a chance for my daughter to join u

    Tq

    Reply
  2. Permohonan kemasukan tingkatan 1 di MRSM 2022.. Saya dh terlepas date… Boleh isi borong jika ada kekosongan dan layak utk anak saya

    Reply

Leave a Reply to Zazalina Binti Zainal Cancel reply

error: Content is protected !!