Pengambilan Khas Guru Gred DG 41 Secara Kontrak 2021 : KPM

Pengambilan Khas Guru KPM Gred DG 41 untuk semua yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan tetapi berhasrat untuk menjadi seorang guru. Jika terdapat rakan taulan atau saudara mara yang berkebolehan dan berkeinginan tinggi untuk menjadi seorang pendidik, kongsikan berita ini kepadanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan persetujuan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Pengambilan khas guru ini adalah untuk menampung keperluan dan pengisian jawatan di sekolah-sekolah berikut:-

  1. Sekolah Kebangsaan (SK);
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
  3. Sekolah Menengah (Aliran Perdana / Teknik dan Vokasional)

Tawaran Opsyen atau Mata Pelajaran

Antara opsyen yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap institusi yang disebutkan di atas. Calon-calon boleh meneliti tawaran-tawaran berikut:-

1. Sekolah Kebangsaan (SK)

  1. Pendidikan Islam
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Khas
  5. Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
  6. Bahasa Semai

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  1. Pendidikan Seni Visual
  2. Pendidikan Jasmani Dan
  3. Pendidikan Kesihatan
  4. Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Bahasa Inggeris
  7. Pendidikan Khas
  8. Pendidikan Moral
  9. Sejarah
  10. Reka Bentuk Dan Teknologi
  11. Bimbingan Dan Kaunseling
  12. Pendidikan Muzik

3. Sekolah Menengah Aliran Perdana

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Islam
  4. Pendidikan Jasmani Dan
  5. Pendidikan Kesihatan
  6. Tahfiz
  7. Bahasa Cina
  8. Pendidikan Khas
  9. Pendidikan Seni Visual

4. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional

  1. Teknologi Elektrik
  2. Teknologi Penyejukan dan
  3. Penyamanan Udara
  4. Teknologi Pemesinan Industri
  5. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  6. Teknologi Automotif
  7. Akuakultur
  8. Senibina Landskap
  9. Pemprosesan Hasil Pertanian
  10. Teknologi Enjin Marin
  11. Teknologi Pembuatan Bot
  12. Seni Reka Fesyen

Syarat Pengambilan Khas Guru Secara Kontrak

Pengambilan Khas Guru
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  5. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);
  6. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;
  7. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
  8. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
    1. a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; atau
    2. b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atau
    3. c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

Cara Mohon Pengambilan Khas Guru Secara Kontrak

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan
  2. Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
    • Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Tarikh tutup permohonan: 10 Oktober 2021 (Ahad) Jam 11.59 Malam

Maklumat Jawatan Yang Dipohon

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service):

  1. Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);
  2. Gaji permulaan RM 2,188.00;
  3. Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling PerkhidmatanBil. 2 Tahun 2016; dan
  4. Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

Senarai Calon Tidak Layak Memohon

Pengambilan Khas Guru DG 41 kali ini tidak akan mempertimbangkan permohonan daripada calon-calon berikut:-

  1. Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolahkelolaan KPM;
  3. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi
  4. Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;
  5. Calon yang diisytiharkan bankrap;
  6. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
  7. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Maklumat dan Perhatian

  1. Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);
  2. Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untukberkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar ataupedalaman;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti yangakan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri kursus tersebut tertakluk peruntukan semasa Jabatan;
  4. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti di InstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan kepada SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai PegawaiPerkhidmatan Pendidikan Gred DG41;
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;
  6. Semakan berhubung kelayakan menduduki UKCG, panggilan temu duga boleh dibuat di laman web IPGM (https://mypdpp.moe.gov.my); dan
  7. Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

Maklumat lanjut: Institut Pendidikan Guru Malaysia

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🟢 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🟤 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “Pengambilan Khas Guru Gred DG 41 Secara Kontrak 2021 : KPM”

  1. Belajar di india dan Mempunyai ijazah lanjutan guru bahasa inggeris, berkahwin dgn warganegara malaysia , telah mendapat kerakyatan malaysia Boleh memohon atau tidak.

    Reply
  2. Belajar di india dan Mempunyai ijazah lanjutan guru bahasa inggeris, berkahwin dgn warganegara malaysia , telah mendapat kerakyatan malaysia Boleh memohon atau tidak. Berumur 42 tahun

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!