Kurikulum Persekolahan 2027 Lebih Fleksibel, Relevan dan Kontekstual

Kurikulum Persekolahan 2027 akan menggantikan kurikulum terdahulu iaitu KSSR Semakan. Kurikulum ini adalah fleksibel, relevan dan kontekstual untuk mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat, serta mampu membentuk generasi yang memiliki growth mindset dan warga berdaya tahan.

Pembangunan kurikulum disusun berpandukan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, serta Dasar Pendidikan Digital.

Dengan berfokuskan pembelajaran yang diselarikan dengan tahap kematangan usia dan perkembangan pemikiran kanak-kanak, kurikulum ini diharapkan dapat menyelaraskan 6 Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan keperluan masa depan.

Kurikulum Persekolahan 2027
Kurikulum Persekolahan 2027 Tinjauan

Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan 2027

Reka bentuknya akan menggabungkan kedua-dua pendekatan ini.

  1. Berasaskan standard menetapkan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu.
  2. Berorientasikan kompetensi menekankan keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.
Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027

Setiap cadangan pelaksanaan yang diusulkan, pastinya untuk menghasilkan murid yang berdaya saing, berintegriti, kreatif, dan inovatif dalam menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut merupakan antara matlamat utama:

  1. Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
  2. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  4. Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  5. Berdaya saing pada peringkat global.
Garis Masa Kurikulum Persekolahan 2027

Pendekatan Kurikulum Persekolahan 2027

  1. Pendidikan Karakter
  2. Penekanan kepada Literasi dan Numerasi
  3. Kelas Pembelajaran bersepadu
Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!