Login idMe (Sistem Pengurusan IDentiti) adalah panduan akses repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengkalan data ini termasuklah kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.
Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.
Login idMe KPM 2022/2023
Sistem Pengurusan IDentiti (akan terpapar IDMS ) haruslah dicapai dengan menggunakan pautan yang telah disediakan. Klik pautan di bawah untuk akses portal tersebut:

Daftar Masuk idMe KPM 2022 2023
Sekiranya belum mendaftar, daftar terlebih dahulu menggunakan nombor kad pengenalan. Paparan di bawah ini adalah untuk pengguna awam yang tidak mempunyai akaun IDMS, pengguna boleh membuat pendaftaran akaun dipaparan ini.

Lupa Kata Laluan Untuk Login idMe
Sekiranya terdapat guru-guru yang terlupa kata laluan, masukkan nombor kad pengenalan, kemudian tekan butang Lupa Kata Laluan. Masukkan alamat emel yang telah disahkan dalam ruangan yang diberikan.

Setelah berjaya mendapat pengesahan lupa kata laluan diemel pengguna dan klik pada butang Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.
- Masukkan maklumat emel, no kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
- Masukkan captcha bertulis dimedan yang disediakan dan klik butang Menetapkan Semula Kata laluan untuk tukar laluan yang baru.
Kawalan Selepas Login idMe KPM
Tiada bahagian daripada mana-mana Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk.
Terbitan semula ini termasuklah sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman gambar dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik terlebih dahulu.

Semua hak milik dan hakcipta adalah di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan dan permohonan data perlu dikemukakan kepada:
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Sekiranya terdapat permasalahan tentang Login idMe KPM, sila kemukakan kepada:
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]
Yang Sedikit Dikongsi, Banyak Disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
tuan, bagaimana jika guru silap daftar menggunakan email yang tidak wujud seperti g-******@moe-edu.my. tertinggal -dl.
terima kasih.
Masalah saya.. Salah hantar email.. Jadi bila mohon kata laluan z sampai.. Boleh bantu