Takwim Persekolahan 2023 / 2024 Kumpulan A dan Kumpulan B

Takwim Persekolahan 2023 / 2024 terkini ini dikongsikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai persediaan awal warga sekolah dalam menjalani penggal ketiga persekolahan yang akan bermula Januari hadapan.

Melalui surat siaran yang telah diedarkan, pihak KPM telah memaklumkan perincian pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024 dan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024. Maklumat ini diguna pakai oleh semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Persediaan awal ini pastinya sedikit sebanyak memudahkan urusan guru-guru dan ibu bapa dalam merancang persediaan yang bakal dibuat untuk meneruskan sesi pembelajaran pada sesi akan datang.

Baca juga: SSDM KPM, Rekod Sistem Sahsiah Diri Murid

Takwim Persekolahan 2023/2024

KUMPULAN A:

KPM telah memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 09 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Takwim Persekolahan 2023 Kumpulan A

Baca juga: Muat Turun Kalendar Kuda, Rujukan Cuti Sekolah

KUMPULAN B:

Bagi sekolah-sekolah Kumpulan B pula adalah pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) seperti dalam gambar:


Takwim Persekolahan 2023 Kumpulan B

Takwim Persekolahan 2023/2024 atau Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh didapati melalui laman web rasmi KPM menerusi pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

KPM membuat ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan yang dijadualkan bermula pada 12 Mac bagi Kumpulan A dan 13 Mac bagi Kumpulan B.

Takwim ini diguna pakai oleh Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik kali ini dikekalkan pada bulan Mac untuk memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.

KPM juga mengambil maklum cadangan daripada beberapa pihak untuk mengembalikan permulaan Takwim Persekolahan 2023 kepada bulan Januari. KPM berpandangan bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dengan memendekkan cuti persekolahan secara berperingkat bermula daripada tahun 2023 sehingga 2026 dengan pematuhan kepada jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik.

Namun, mengambil kira kebajikan para guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara, KPM mengambil keputusan untuk menangguhkan cadangan ini bagi meminimakan impak kepada pihak-pihak berkaitan.

KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada bulan November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

Pelaksanaan peperiksaan SPM dalam musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan bukan sahaja bagi guru dan petugas peperiksaan, malah kepada murid dan ibu bapa yang terlibat. Apabila SPM diadakan pada Februari atau Mac, tempoh menunggu untuk calon terbabit bagi kemasukan ke universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!