Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan : Amalan Pelajar Cemerlang

Kali ini kami bawakan tajuk Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang menjadi amalam para pelajar di seluruh Malaysia. Berusaha sehingga berjaya dan jadilah anak yang boleh dibanggakan keluarga. Semoga dengan kejayaan ini, kita mampu mengubah nasib keluarga.

Ramai juga yang akan menduduki peperiksaan dan ujian dalam masa terdekat ni, bukan? Tidak kiralah sama ada Pentaksiran Bilik Darjah (PBS), UPSR, PT3, SPM, STPM atau STAM sekalipun. Apa juga mata pelajaran yang akan ditempuhi, pastinya persediaan yang rapi sangat penting!

Jom kita telusuri persediaan yang boleh dilakukan ini!

1. Elakkan Belajar Saat Akhir

doa menghadapi peperiksaan besar

Murid-murid.. “Tolong jangan belajar pada saat-saat terakhir”. Kecuali anda berada di kelas yang fokus sepenuhnya. Paling tidak, anda mestilah seorang pelajar yang akan belajar sebelum masuk kelas. Last minute study boleh membuatkan kita cemas dan mengganggu tumpuan.

Tidak kira apa pun, kita masing-masing mempunyai cara yang berbeza. Terdapat juga murid yang gemar belajar last minute, tetapi di dalam kelas dia fokus, tangkas memahami dan cepat memberikan respons terhadap apa yang diajarkan guru. Jadi, tidak hairanlah golongan genius atau pintar ini boleh mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.

Namun begitu, jangan biasakan diri dengan “belajar pada minit terakhir”. Luangkan sedikit masa untuk membuat ulangkaji secara berkala. Tidak ada salahnya membuat persediaan menghadapi peperiksaan dengan lebih awal, kerana kita akan memperoleh ilmu dengan cara yang lebih santai dan kurang tertekan.

2. Belajar Secara Berkumpulan

Pernah dengar pepatah Two Head Is Better Than One? Cuba ajak rakan untuk bentuk kumpulan belajar atau bekerjasama dalam kumpulan untuk berbincang tentang topik yang tidak anda mahukan. Sebilangan murid mungkin tidak mahir dalam mata pelajaran matematik, tetapi dia adalah yang paling hebat dalam bab sejarah.

Melalui penubuhan study group, anda boleh membincangkan topik-topik anda kurang kuasai sebagai langkah menghadapi peperiksaan. Pembelajaran berkumpulan ini bukan sahaja dapat membantu mereka yang kurang menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek, tetapi juga dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan anda dengan mengajar orang lain.

Jangan sesekali kedekut ilmu! Insya-Allah, sekiranya kita telah mempermudahkan urusan orang lain, pastinya Allah akan mempermudahkan urusan kita.

3. Sediakan Nota Yang Ringkas dan Padat

Tips Menghadapi Peperiksaan

Ini penting, anda tahu kan? Elakkan daripada menyalin penuh ayat dalam buku teks. Sudah mencukupi sekiranya anda menyenaraikan maklumat penting. Cuba fahami dan ringkaskan maklumat penting tersebut dalam bentuk ringkas yang anda boleh ingat.

Menurut penyelidikan psikologi, nota-nota yang dibuat berwarna-warni dapat membantu meningkatkan ingatan dan merangsang emosi positif pelajar. Bersikap kreatif semasa menulis nota. Tip ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Sesetengah murid tidak suka membaca nota yang berwarna-warni. Ada juga yang gemar membuat catatan dengan menconteng point penting pada buku. Terpulang kepada keselesaan anda.

4. Jaga Pemakanan dan Kesihatan

Manfaat membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan

Selain persiapan dari segi akademik. Jangan mengabaikan diet dan kesihatan anda. Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan atau makanan tidak sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan fokus dan juga momentum kita.

Cuba bersenam semaksimum mungkin, kerana menghadap buku sepanjang hari boleh menyebabkan tekanan kepada minda dan juga badan. Otak juga memerlukan rehat yang cukup. Seperti badan kita, otak juga gagal berfungsi dengan baik sekiranya dalam keadaan kepenatan.

4. Kurangkan Hiburan atau Gangguan Media Sosial

Karangan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Antara persediaan menghadapi peperiksaan yang lain ialah kurangkan gangguan luar. Tidak dapat dinafikan bahawa menonton TV, drama Korea, anime dan bahkan media sosial (whatsapp, twitter, instagram) dan aktiviti hiburan lain sedikit sebanyak mengganggu kita untuk fokus pada pembelajaran. Mohon untuk hentikan semua perkara yang boleh melalaikan dan mengganggu tumpuan anda! Kali ini, dalam masa ini, elakkan! Fokus!

Oleh itu, bersabarlah dan istiqamah untuk elakkan diri dari memegang telefon atau komputer riba untuk perkara-perkara yang bakal menculik masa anda. Sangat mudah untuk mempraktikkannya, jika anda ingin belajar, jangan letakkan telefon anda di sebelah buku. Tukarkan mod notifikasi kepada mod senyap.

4. Kurangkan Hiburan atau Gangguan Media Sosial

Jangan lupa menelefon ibu bapa anda dan meminta restu mereka agar anda lebih mudah menjawabnya semua soalan yang diberikan. Pastikan mereka yang dekat dengan anda, sama ada ibu bapa, datuk nenek atau penjaga meredhari setiap langkah perjuangan ilmu kita.

tips menghadapi peperiksaan mengikut islam

Jangan segan untuk memeluk dan mencium tangan mereka dan minta mereka doakan kita seupaya kita dapat keberkatan setiap kali berhadapan dengan peperiksaan. Amat penting untuk meminta doa dan keberkatan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan agar mendapat restu ibu bapa kita. Seterusnya, jawablah peperiksaan dengan tenang.

Jangan lupa berdoa dan hargai setiap detik yang kita ada. Caranya ialah berdoa ketika waktu yang tepat. Tinggalkan nota anda. Dapatkan bimbingan dan berdoalah agar Tuhan mengizinkan anda menjawab dengan mudah. Apabila kita menjaga hubungan kita dengan Tuhan, Tuhan pasti akan mempermudahkan segala urusan kita di masa hadapan.

Perkongsian Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu adik-adik mengatur corak pembelajaran dengan lebih baik. Tidak kiralah sama ada belajar dari rumah atau di sekolah, jangan ambil kesempatan untuk tidak meneruskan usaha mendapatkan ilmu. Semoga berjaya!

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

4 thoughts on “Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan : Amalan Pelajar Cemerlang”

Leave a Comment

error: Content is protected !!