Teks Doa Perhimpunan Rasmi Sekolah

Ya Allah Ya tuhan kami,
Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru
kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi
perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan
kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami,
pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami!
Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Koleksi Teks Doa 2022/2023

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Teks Doa Perhimpunan Rasmi Sekolah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!