Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2 Mengikut Silibus Tahunan

FLIP.MY berkongsi Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2 yang disusun oleh Cikgu Nadirah binti Sanusi. Akhir-akhir ini banyak perkongsian bahan pembelajaran yang menarik dibina dan dikongsikan oleh guru-guru. Bahan-bahan ini bukan sekadar menarik, bahkan berkualiti dan mengikut keperluan murid.

Inilah antara hikmah di sebalik kedukaan menghadapi wabak Covid-19; guru punyai lebih peluang dan ruang masa untuk menerbitkan bahan. Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menyediakan ruang pembelajaran yang baik kepada para murid!

Penggunaan modul buhan sahaja membantu murid menguruskan bahan pembelajaran dengan lebih mudah. Namun juga dapat membantu guru mengajar dengan lebih tersusun. Bahan ini boleh sahaja digunakan sama ada semasa sesi PdPR secara dalam taluan, luar talian ataupun dalam mod gabungan.

Aritikel berkaitan: Buku Teks Digital Pendidikan Kesenian Tahun 2

Senarai Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2 Mengikut Unit

Selain daripada melakukan aktiviti hands-on, murid juga boleh ditaksir menggunakan kegnitif mereka. Berikut merupakan senarai atau koleksi kuiz yang disusun mengikut tajuk yang dipelajari. Klik pautan di bawah untuk menjawab. Kongsikan bersama murid-murid dan juga rakan-rakan sekiranya bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu.

  1. Alat dan Bahan Pendidikan Kesenian
  2. Bahasa Seni Visual
  3. Garisan
  4. Lipatan dan Guntingan
  5. Gosokan
  6. Cetakan
  7. Teknik Resis

Senarai Bahan Pembelajaran Pendidikan Kesenian KSSR

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Sejarah adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid melalui kurikulum terkini yang disusun oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat empat penekanan yang diberikan melalui subjek ini, iaitu:-

  • Bahasa Seni
  • Kemahiran Seni
  • Kreativiti dan Inovasi Seni
  • Apresiasi Seni

Setiap modul pengajaran dan pembelajaran ini mengandungi pengetahuan dan kemahiran seni yang diperlukan oleh murid-muid di sekolah. Melalui pembelajaran ini, mereka membuat dan menghayati nilai estetik seni. Kandungan isi pembelajaran adalah pelengkap yang membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta nilai yang dipelajari dari satu modul ke modul yang lain.

Kurikulum Pendidikan kesenian ini dirancang untuk membolehkan murid menggapai pengetahuan, kemahiran dan dan apresiasi seni dari kepelbagaian budaya serta mensyukuri nikmat keindahan alam ciptaan Tuhan. Antara objektifnya ialah:-

  1. Mengaplikasi pengetahuan serta kefahaman bahasa seni melalui aktiviti-aktiviti kesenian.
  2. Menghasilkan pelbagai jenis karya seni secara kreatif dan inovatif melalui pelbagai sumber dan teknologi.
  3. Mengapresiasi nilai estetik daripada bergbagai-bagai karya seni.
  4. Mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran kesenian untuk menjayakan persembahan.
  5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti kesenian.
Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2

Berkaitan Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2

Sekiranya kaedah memperbanyakkan latihan dilakukan secara berterusan, mungkin juga akan membosankan murid. Kaedah ini akan mempengaruhi fokus dan tumpuan murid. Oleh itu, untuk mengekalkan motivasi murid, pelbagai bentuk latihan dapat digunakan, seperti:

  1. Latihan kompetitif dijalankan secara berkumpulan atau individu. Sekiranya dapat menjawab soalan guru mengenai kemahiran tertentu, skor akan dikira dan dikumpulkan, dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang mengambil bahagian.
  2. Sekiranya terdapat murid yang tidak begitu kompetitif, guru boleh membawa peralatan dan melakukan aktiviti gabung jalin kinestetik dan linguistik. Murid boleh mengasah kemahiran berbahasa dengan membuat penerangan dari nama, fungsi, kaedah penggunaan, kaedah penyimpanan peralatan, dan cara mengelakkan kecederaan akibat penggunaan peralatan tersebut dan sebagainya.

Malah, selain guru dan ibu bapa, murid juga dapat menolong sesama mereka melalui kaedah latih tubi atau penggunaan Kuiz Pendidikan Kesenian Tahun 2 ini. Kadang-kadang, murid lebih selesa belajar dari rakan sebaya. Oleh itu, latih tubi adalah salah satu kaedah penting untuk melatih murid yang menghadapi masalah pembelajaran khas untuk memahami apa yang diajar.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!