Muat turun dan simpan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 ini ke dalam folder subjek pembelajaran masing-masing. FLIP.MY kongsikannya dalam satu halaman bersama aliran yang lain. Melalui halaman ini, guru-guru dan murid boleh dapatkan Jilid 1 dan Jilid 2. Klik muat turun dan simpan bahan digital ini untuk rujukan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Jadi, murid tidak perlu muat turun berulang kali.
Penggubalan kurikulum sekolah rendah Bahasa Melayu yang terkini ini membolehkan murid menguasai kecekapan berbahasa. Mereka juga akan dapat berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan pemikiran serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian.
Kurikulum baharu melalui KSSR Semakan ini disusun berdasarkan enam tunjang utama, iaitu Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Komunikasi; Sikap dan Nilai; Keterampilan Diri; Kemanusiaan; serta Sains dan Teknologi
Enam elemen ni adalah domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan digabungkan dengan pemikiran kritis dan kreatif serta inovasi. Integrasi ini bertujuan untuk mengembangkan modal insan yang terbilang.
Muat Turun Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5
Buku teks versi digital merupakan hasil dari kepesatan perkembangan teknologi yang mampu menyediakan buku dengan lebih cepat, kos yang lebih murah, dan kualiti yang lebih tinggi. Guru-guru, murid dan ibu bapa boleh memuat turun jilid satu dan jilid dua melalui pautan di bawah:-
Senarai Buku Teks Bahasa Melayu KSSR Semakan mengikut tahun:
No. | Mata Pelajaran | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Bahasa Melayu KSSR Semakan | Muat Turun |
2 | Bahasa Inggeris KSSR Semakan | Muat Turun |
3 | Matematik KSSR Semakan | Muat Turun |
4 | Sains KSSR Semakan | Muat Turun |
5 | Pendidikan Islam | Muat Turun |
6 | Pendidikan Moral | Muat Turun |
7 | Reka Bentuk dan Teknologi | Muat Turun |
8 | Sejarah | Muat Turun |
9 | Bahasa Arab | Muat Turun |
10 | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Muat Turun |
11 | Pendidikan Seni Visual | Muat Turun |
12 | Pendidikan Muzik | Muat Turun |
13 | Bahasa Cina | Muat Turun |
14 | Bahasa Semai | Muat Turun |
15 | Bahasa Iban | Muat Turun |
16 | Bahasa Tamil | Muat Turun |
17 | Bahasa Kadazandusun | Muat Turun |
Buku Teks Sekolah Rendah
No. | Aliran | Muat Turun (SK) |
---|---|---|
1 | Tahun 1 | Muat Turun |
2 | Tahun 2 | Muat Turun |
3 | Tahun 3 | Muat Turun |
4 | Tahun 4 | Muat Turun |
5 | Tahun 5 | Muat Turun |
6 | Tahun 6 | Muat Turun |
Manfaat Penggunaan Buku Teks Versi Digital
Setiap kali berlakunya perubahan silibus atau tambah kandungan kurikulum, kerajaan Malaysia pastinya terpaksa membelanjakan kos yang besar. Beratus-ratus juta ringgit akan dikeluarkan untuk memastikan semua murid dapat menggunakan bahan rujukan utama kurikulum sekolah ini.
Sememangnya polisi kerajaan terkini untuk memberikan secara percuma melalui kaedah pinjaman; Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Melalui skim ini, semua murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibekalkan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 tanpa mengira status keluarga mereka. Sekiranya semua beralih kepada versi digital, kos-kos percetakan, penerbitan, pengedaran dan lain-lain kos sampingan dapat dihapuskan.
Penggunaan bahan digital dapat memudahkan pengurusan murid dan ibu bapa. Murid tidak perlu lagi menggalas beg yang berat dan buku ini dapat diakses melalui peranti ringan sahaja. Tiada isu buku teks tertinggal dan sebagainya.
Murid yang sedang berada dalam alam persekolahan ketika ini adalah kelompok “Digital Natives”. Mereka ini dibesarkan dengan kehidupan komputer, gajet, peranti, internet dan media sosial. Bagi menyesuaikan diri murid dengan teknologi pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, Kementerian juga harus mempertimbangkan bahan pembelajatan yang seimbang dengan keperluan zaman.
Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Versi Digital membolehkan konsep pembelajaran interaktif diterapkan. Bahan pembelajaran bercetak bersifat tetap, kandungannya sukar diubah-ubah. Namun dengan penggunaan versi digital, pelbagai pautan dan animasi dapat dibenamkan dan diakses dengan mudah.
No. | Mata Pelajaran | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Bahasa Melayu KSSR Semakan | Muat Turun |
2 | Bahasa Inggeris KSSR Semakan | Muat Turun |
3 | Matematik KSSR Semakan Jilid 1 | Muat Turun |
Matematik KSSR Semakan Jilid 2 | Muat Turun | |
Matematik KSSR Semakan Jilid 1 (DLP) | Muat Turun | |
Matematik KSSR Semakan Jilid 2 (DLP) | Muat Turun | |
4 | Sains KSSR Semakan | Muat Turun |
Sains KSSR Semakan (DLP) | Muat Turun | |
5 | Pendidikan Islam | Muat Turun |
6 | Pendidikan Moral | Muat Turun |
7 | Bahasa Arab | Muat Turun |
8 | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Muat Turun |
9 | Pendidikan Kesenian | Muat Turun |
10 | Bahasa Cina | Muat Turun |
11 | Bahasa Semai | Muat Turun |
12 | Bahasa Iban | Muat Turun |
13 | Bahasa Tamil | Muat Turun |
14 | Bahasa Kadazandusun | Muat Turun |
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Syabas atas persediaan buku teks digital! Saya dapati sedikit masalah, link yang diberi untuk BM Tahun 5 membawa ke BM Tahun 3. https://flip.my/buku-teks-bahasa-melayu-tahun-5/ (halaman ini)
Terima kasih atas teguran, kami telah mengemaskini ralat pautan yang telah dibenamkan. 😀