Modul PdPR: Kompilasi Lengkap KSSM dan KSSR

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak terhad kepada kaedah pembelajaran dalam talian sahaja, tetapi juga boleh dilaksanakan secara luar talian atau melalui kaedah yang sesuai. FLIP.MY kongsikan kompilasi lengkap Modul PdPR ini untuk kegunaan guru-guru dan juga murid-murid.

Bahan ini tidak terhad digunakan semasa pembelajaran di rumah sahaja, namun boleh dimanfaatkan dalam sesi pembelajaran bersemuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menasihatkan guru-guru untuk melaksanakan PdPR, dengan mengambil kira pelbagai latar belakang sosio-ekonomi murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru.

KPM kerap menekankan bahawa kaedah pengajaran di rumah yang diguna pakai mesti mengambil kira kesesuaian guru dan murid. Murid boleh melaksanakan sesi pembelajaran dengan melengkapkan modul yang diberikan, kemudian menghantarnya kembali kepada guru untuk disemak.

Guru boleh menyerahkan bahan yang seterusnya ketika murid menghantar modul sebelumnya. Penyerahan ini boleh dilakukan melalui pelbagai pendekatan. Namun pihak sekolah perlulah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari masa ke masa.

Koleksi Lengkap Modul PdPR

Koleksi yang dikongsikan di sini merupakan bahan kompilasi guru-guru, Pejabat Pendidikan Daerah Ulu Kinta, Kota Marudu, Papar, Lahad Datu dan lain-lain lagi. Sekiranya ingin menggunakan bahan ini, bolehlah membuat carian menerusi pautan yang disediakan di bawah:-

No.Bahan Pembelajaran KSSRMuat Turun
1Bahan KSSR Tahun 1Muat Turun
2Bahan KSSR Tahun 2 Muat Turun
3Bahan KSSR Tahun 3 Muat Turun
4Bahan KSSR Tahun 4 Muat Turun
5Bahan KSSR Tahun 5 Muat Turun
6Bahan KSSR Tahun 6 Muat Turun
7Bahan Prasekolah Muat Turun
8Bahan Program Pemulihan Khas Muat Turun
No.Bahan Pembelajaran KSSMMuat Turun
1Bahan KSSR Tingkatan 1Muat Turun
2 Bahan KSSR Tingkatan 2 Muat Turun
3 Bahan KSSR Tingkatan 3 Muat Turun
4 Bahan KSSR Tingkatan 4 Muat Turun
5 Bahan KSSR Tingkatan 5 Muat Turun

Panduan Penggunaan Modul PDPR

Pembinaan modul perlulah dirancang dengan rapi agar kandungannya menepati piawaian atau kehendak DSKP. Bahan yang berkualiti dan berstruktur pastinya dapat membantu murid secara maksimum.

Berikut merupakan isi kandung yang sepatutnya ada dalam sesebuah modul yang dibangunkan:

  • Pihak yang disasarkan (murid prasekolah, rendah, menengah);
  • Tajuk atau tema isi pembelajaran;
  • Objektif pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
  • Tempoh pelaksanaan yang spesifik (tarikh atau minggu);
  • Nota-nota yang berkaitan tajuk yang diajar;
  • Aktiviti yang besesuaian dengan tajuk pembelajaran atau aktiviti yang memberi galakan kepada murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri
  • Pentaksiran yang mampu mengukur tahap penguasaan murid.
  • Dibekalkan kepada murid mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirangka.
  • Murid perlu menyerahkan semula hasil tugasan yang dilengkapkan untuk disemak sebelum mendapatkan Modul PdPR yang seterusnya.
Modul PdPR

Buku Teks Sekolah Rendah

No.AliranMuat Turun (SK)
1Tahun 1Muat Turun
2Tahun 2Muat Turun
3Tahun 3Muat Turun
4Tahun 4Muat Turun
5Tahun 5Muat Turun
6Tahun 6 Muat Turun

Buku Teks Sekolah Menengah

No.AliranMuat Turun (SMK)
1Tingkatan 1akan dikemaskini
2Tingkatan 2akan dikemaskini
3Tingkatan 3akan dikemaskini
4Tingkatan 4akan dikemaskini
5Tingkatan 5akan dikemaskini
6Peralihanakan dikemaskini

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!