Buku Teks Bahasa Melayu Versi Digital PDF

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman Flip.MY sekali lagi. Buku Teks Bahasa Melayu versi digital ini merupakan keperluan guru-guru dan murid-murid untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya buku teks ini, sesi pembelajaran akan lebih terpandu.

Buku teks ditulis dan disusun oleh guru-guru pakar berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelbagai aktiviti dirangka berdasarkan pembelajaran berasaskan inkuiri, yang dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Buku teks ini memberi keutamaan kepada pembelajaran kendiri supaya murid dapat menilai pembelajaran dan tahap penguasaan mereka sendiri.

Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu

Bercerita tentang penggunaan buku teks digital, ramai berpandangan bahawa bahan digital hanya dapat dibaca apabila disambungkan ke rangkaian internet. Andaian ini ternyata salah dan sesat. Memandangkan bahan ini boleh dimuat turun, ini bermaksud bahawa murid atau guru hanya perlu mengakses Internet sekali sahaja (semasa memuat turun).

Selain daripada penyebaran dalam format PDF, sumber ini boleh diedarkan menggunakan program pengaturcaraan HTML dan XML. Fail-fail ini sangat fleksibel dan dapat digunakan di hampir semua peranti yang terdapat di pasaran. Akses ini boleh didapati pada semua sistem peranti, sama ada menggunakan iOS, Android atau Windows.

Senarai Buku Teks Bahasa Melayu KSSR Semakan mengikut tahun:

Dapatkan Bahan Berkaitan:

Sila dapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan menggunakan pautan di bawah. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu memudahkan urusan guru-guru semua.

  1. Himpunan Buku Teks Digital KPM
  2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
  3. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
  4. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Manfaat Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu Versi Digital

Setiap kali berlakunya perubahan silibus atau tambah kandungan kurikulum, kerajaan Malaysia pastinya terpaksa membelanjakan kos yang besar. Beratus-ratus juta ringgit akan dikeluarkan untuk memastikan semua murid dapat menggunakan sumber rujukan tersebut.

Sememangnya polisi kerajaan terkini untuk memberikan pinjaman melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Melalui skim ini, semua murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibekalkan buku teks tanpa mengira status keluarga mereka. Sekiranya semua beralih kepada versi digital, kos-kos percetakan, penerbitan, pengedaran dan lain-lain kos sampingan dapat dihapuskan.

Penggunaan buku teks Bahasa Melayu versi digital dapat memudahkan pengurusan murid dan ibu bapa. Murid tidak perlu lagi menggalas beg yang berat dan naskhah ini dapat diakses melalui peranti ringan sahaja. Tiada isu bahan pembelajaran tertinggal dan sebagainya.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 4

Buku digital membolehkan konsep pembelajaran interaktif diterapkan. Bahan bercetak bersifat tetap, kandungannya sukar diubah-ubah. Namun dengan penggunaan versi digital, pelbagai pautan dan animasi dapat dibenamkan dan diakses dengan mudah.

Murid yang sedang berada dalam alam persekolahan ketika ini adalah kelompok “Digital Natives”. Mereka ini dibesarkan dengan kehidupan komputer, gajet, peranti, internet dan media sosial. Bagi menyesuaikan diri murid dengan teknologi pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, Kementerian juga harus mempertimbangkan bahan pembelajatan yang seimbang dengan keperluan zaman.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!