Buku Teks Matematik Versi Digital KSSM dan KSSR

Jika masih ada yang tercari-cari Buku Teks Matematik ini, kami kumpulkan kesemuanya dalam satu halaman. Klik muat turun dan simpan bahan digital ini untuk rujukan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Jadi, murid tidak perlu muat turun berulang kali.

Kurikulum Standard Matematik sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai minda matematik (berfikrah Matematik). Kurikulum ini akan melatih murid memahami konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea-idea pengiraan yang mudah.

Selain itu juga, penguasaan yang baik akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan. Seterusnya, membentuk murid yang bertanggungjawab terhadap kehidupan seharian. Murid juga dibimbing untuk menghadapi cabaran berdasarkan sikap dan nilai yang baik selaras perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21

Koleksi Buku Teks Matematik Versi Digital

Senarai Buku Teks Digital Matematik KSSR Semakan mengikut tahun:

Senarai Buku Teks KSSM Semakan mengikut tingkatan:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mendorong penggunaan teknologi dan kandungan digital dalam pendidikan. Banyak alat bantu mengajar kini didigitalkan untuk memudahkan akses maklumat yang lebih luas, lebih mudah dan komprehensif.

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat ditingkatkan dengan menggunakan sumber pendidikan yang baik, mempromosikan pembelajaran, dan menarik minat pelajar. Penggunaan sumber pendidikan yang terancang dan teratur akan menjadikan proses PdP lebih bermakna dan berkesan.

Pengurusan sumber yg baik juga dapat membantu guru menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik,. Murid akan terdorong untuk memahami apa yang telah mereka pelajari, dan kemudian menguruskan pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Manfaat Penggunaan Buku Teks Matematik Versi Digital

Setiap kali berlakunya perubahan silibus atau tambah kandungan kurikulum, kerajaan Malaysia pastinya terpaksa membelanjakan kos yang besar. Beratus-ratus juta ringgit akan dikeluarkan untuk memastikan semua murid dapat menggunakan bahan rujukan utama kurikulum sekolah ini.

Sememangnya polisi kerajaan terkini untuk memberikan secara percuma melalui kaedah pinjaman; Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Melalui skim ini, semua murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibekalkan buku teks tanpa mengira status keluarga mereka. Sekiranya semua beralih kepada versi digital, kos-kos percetakan, penerbitan, pengedaran dan lain-lain kos sampingan dapat dihapuskan.

Penggunaan bahan ini dapat memudahkan pengurusan murid dan ibu bapa. Murid tidak perlu lagi menggalas beg yang berat dan buku ini dapat diakses melalui peranti ringan sahaja. Tiada isu buku teks tertinggal dan sebagainya.

Buku Teks Matematik

Penggunaan format digital membolehkan konsep pembelajaran interaktif diterapkan. Bahan pembelajaran bercetak bersifat tetap, kandungannya sukar diubah-ubah. Namun dengan penggunaan versi digital, pelbagai pautan dan animasi dapat dibenamkan dan diakses dengan mudah.

Murid yang sedang berada dalam alam persekolahan ketika ini adalah kelompok “Digital Natives”. Mereka ini dibesarkan dengan kehidupan komputer, gajet, peranti, internet dan media sosial.

Bagi menyesuaikan diri murid dengan teknologi pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, Kementerian juga harus mempertimbangkan bahan pembelajaran yang seimbang seperti Buku Teks Matematik mengikut keperluan zaman.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!