Kursus iKurnia: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Program Kursus iKurnia kali ini telah melancarkan Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Berkeperluan Khas) secara dalam talian. Melalui ini, para peserta akan diterangkan dengan lebih terperinci tetang panduan strategi intervensi untuk kanak-kanak bekeperluan khas.

Program ini boleh disertai secara dalam talian. Disusun dan dibangunkan khas untuk para guru dan ahli terapi. Kansungannya ini amat diperlukan dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak (berkeperluan khas). Selain itu, program ini juga terbuka kepada kepada semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini.

FLIP.MY ingin berkongsi panduan strategi intervensi awal yang dijalankan di GENIUS Kurnia di platform MOOC OpenLearning. Pastinya usaha ini dapat memberikan manfaat semua.

Kursus iKurnia

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui tatacara penilaian, strategi pengajaran yang berkesan dan juga perkongsian aktiviti pembelajaran yang menarik.

Melalui prgram ini, para peserta akan mendapat akses percuma. Jangan bimbang tentang kandungannya, pihak DENIUS Kurnia menyediakan kandungan interaktif yang menarik dan bersesuaian.

Kandungan Program Kursus iKurnia

Peserta dapat berkongsi pengalaman yang dihadapi oleh ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas. Selain itu para peserta juga mengetahui langkah penilaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Di akhir kursus ini juga nanti para peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keadaan dan situasi anak yang berbeza. Paling utama, perkongsia ide dan pengalama. Peserta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas

Modul yang terdapat dalam kursus ini meliputi:

  • Modul 1: Perkongsian Pengalaman¬†
  • Modul 2: Pentaksiran
  • Modul 3: Strategi Pengajaran
  • Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2021
  2. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  4. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  5. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2021
  6. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  7. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  8. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

17 thoughts on “Kursus iKurnia: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas”

  1. Saya tak jumpa borang penilaian kursus pada akhir sesi kursus…harap dapat hubungi email saya dengan segera.. terima kasih

    Reply
  2. Salam. Dh selesai semua modul tapi saya tak jumpa borang penilaian kursus. Tolong email saya segera. Tolong jangan bazirkan masa saya. Tq

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!