ANM Penyata Gaji: Log Masuk Terkini Penjawat Awam

ANM Penyata Gaji ini membantu rakan-rakan penjawat awam untuk semakan atau memuat turun laporan penyata pendapatan bulanan atau tahunan dengan cepat dan tangkas secara online.

Sistem dalam talian ini adalah kelolaan Jabatan Akauntan Negara (ANM) yang membolehkan kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan menyemak, mengakses dan mencetak slip dengan mudah dan cepat.

Portal ini akan memudahkan lagi urusan harian yang melibatkan penggunaan pendapatan, seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak, dan memohon bantuan kewangan yang berkaitan.

Sistem pendaftaran elektronik ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos dan menjadikan sesuatu urusan dikendalikan lebih cekap.

Bagi pekerja swasta, adalah disyorkan anda mencarum kepada Skim Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melayakkan anda mendapat pelbagai bantuan kerajaan seperti skim ERP dan subsidi upah.

ANM Penyata Gaji Log Masuk

Jika anda menghadapi kesukaran memasukkan kata laluan baharu dalam sistem ePayslip, anda boleh merujuk panduan berikut. Gunakan piawaian keselamatan baharu untuk kata laluan:

  • Aksara kata laluan hendaklah 8-12 aksara
  • mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf besar
  • mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecil
  • mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor
  • mengandungi sekurang-kurangnya 1 aksara khas (simbol yang dibenarkan – @$!%*?&)

Contoh: P@ssword1234

Untuk mengakses sistem e-penyata, anda boleh log masuk terus di pautan ini: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Penyata Gaji Online
  1. Klik pada pautan ANM Penyata Gaji di atas dan anda akan dibawa ke halaman log masuk.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan / No. Pasport dan Kata Laluan.
  3. Kemudian, Klik butang Log Masuk.
  4. Sebarang pertanyaan boleh emelkan ke [email protected]
Contoh ePenyata Gaji

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
  2. ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
  3. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
  4. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  6. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  7. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
  8. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  9. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  10. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Kemaskini Maklumat Terkini

Sebelum memuat turun senarai gaji, anda perlu mengemas kini profil anda dengan memasukkan nombor H/P dan alamat e-mel anda. Langkah ini penting untuk menghantar kata laluan sementara jika pengguna terlupa.

Selepas berjaya log masuk dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, anda boleh klik pada submenu “Sendiri” untuk memuat turun slip pendapatan bulanan ataupun slip pendapatan tahunan.

Semak penyata gaji bulanan

  • Pilih tahun dan bulan dan klik butang “Cari“.
  • Klik pilihan yang disenaraikan dalam jadual untuk memaparkan maklumat slip pendapatan.
  • Anda kemudian boleh mencetak slip pendapatan atau menyimpan slip ke media komputer anda.

Semak semula gaji tahunan

  • Klik pada Penyata Pendapatan Tahunan di bawah submenu Sendiri.
  • Jika sistem telah memuat naik slip pendapatan tahunan, ia akan memaparkan penyata pendapatan tahunan terkini.
  • Klik pilihan yang disenaraikan dalam jadual untuk memaparkan maklumat slip pendapatan.
  • Anda kemudian boleh mencetak atau menyimpan slip gaji ke komputer atau telefon pintar anda.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!