SSDM KPM: Portal Sistem Sahsiah Diri Murid

SSDM bermaksud Sistem Sahsiah Diri Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekodkan amalan baik dan juga rekod salah laku murid secara dalam talian (online).

Portal ini adalah salah satu modul di bawah modul pengurusan murid. Ia juga berkait rapat dengan APDM yang perlu diisi oleh guru untuk rujukan ibu bapa dan murid. Data dan maklumat dalam sistem ini adalah berkait dengan data dalam APDM. Oleh itu, sangat penting bagi guru untuk mengemas kini maklumat yang betul dan tepat ke dalam sistem APDM setiap masa.

Selain mendokumentasikan masalah disiplin, amalan baik juga akan disimpan dalam pangkalan data Sistem Sahsiah Diri Murid. Contoh amalan baik termasuklah membersihkan dan menceriakan kelas, menolong rakan atau guru yang memerlukan bantuan, sentiasa menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan, menghormati rakan dan guru, dan banyak lagi amalan baik yang boleh direkodkan.

Fungsi dan Kepentingan SSDM

Matlamat utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan mendorong mereka mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian mereka. Setiap maklumat sahsiah murid yang perlu dikemas kini ini secara langsung membantu mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih berkesan.

Sistem perekodan sahsiah murid ini boleh diakses oleh 4 kategori pengguna untuk mengemaskini rekod dan juga memantau rekod sahsiah murid, iaitu:-

  1. Sekolah
  2. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  4. Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Cara Login SSDM Online

Fungsi utama portal ini adalah untuk merekodkan kes salah laku dan amalan sahsiah terpuji murid. Selain itu, ia juga dapat menyimpan dan menjana perincian maklimat murid dan sekolah dengan memaparkan laporan statistik salah laku dan amalan baik murid.

Selain itu, pihak sekolah juga dapat terus menjana surat amaran sekiranya berlaku salah laku murid dan tindakan selanjutnya boleh diambil setelah menghantar surat amaran ini kepada ibu bapa murid yang terlibat.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke dalam sistem sahsiah diri murid:-

  1. Dapatkan ID dan Password daripada guru penyelaras atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
  2. Klik pautan https://ssdm.moe.gov.my/ untuk log masuk [KLIK DI SINI].

Cara Rekod Kes Salah Laku dan Amalan Baik

  1. Rujuk panduan di atas untuk log masuk. Setelah berjaya log masuk, teruskan dengan langkah kedua.
  2. Klik pada menu Carian Murid di ruangan kiri paparan.
  3. Guru boleh membuat carian murid menggunakan nama atau nombor kad pengenalan.
  4. Setelah menemui maklumat murid yang dicari, klik “tambah kes” sekiranya ingin merekodkan maklumat salah laku murid, seperti berikut:-
    • Tingkahlaku tidak pentingkan masa
    • Merokok
    • Tingkahlaku tidak amanah
    • Tingkahlaku kurang sopan/biadap
    • Tingkahlaku jenayah
  5. Klik “tambah amalan baik” untuk memasukkan maklumat amalan terpuji.
  6. Penuhkan kesemua maklumat yang diperlukan, klik perakuan dan butang Simpan.

Pastikan guru kelas atau guru yang bertanggunjawab telah mengemas kini maklumat murid dalam sistem APDM terlebih dahulu agar maklumat yang terdapat dalam sistem sahsiah ini selari.

Manual Pengguna SSDM Sebagai Rujukan

Sekiranya terdapat permasalahan dalam mengendalikan sistem ini, guru-guru bolehlah merujuk manual pengguna ini sebelum merujuk pegawai meja yang bertugas.

SSDM KPM Online

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
  2. ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
  3. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
  4. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  6. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  7. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
  8. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  9. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  10. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!