RPH Pendidikan Islam Tahun 1 – 6 : KSSR Semakan

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 merupakan ini merupakan keperluan guru-guru untuk merancang sesi pembelajaran bersama murid-murid. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman Flip.MY untuk mendapatkan bahan-bahan dan informasi pendidikan.

Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah rancangan pengajaran yang dibuat oleh guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran subjek tertentu dalam waktu pengajaran tertentu. Perancangan ini juga disebut sebagai persediaan mengajar. Guru akan melaksanakan pengajaran berdasarkan persediaan mengajar yang dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang ditetapkan.

Rujukan utama untuk menghasilkan RPH ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Antara butiran yang perlu dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian ialah:-

Penyediaan RPH Pendidikan Islam Tahun 1 – 6

Kesemua RPH ini juga perlu dikumpul dan dihantar secara mingguan kepada pihak pentadbir untuk disemak secara mingguan. Bilangan RPH berbeza bagi setiap guru. Semuanya bergantung kepada subjek yang di ajar.

Sekiranya guru mengajar subjek elektif atau secara spesifiknya subjek yang dijalankan untuk tempoh 30 minit sahaja bagi setiap sesi, maka lebih banyaklah RPH yang perlu disusun. Para pendidik boleh muat turun contoh Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam melalui pautan yang admin kongsikan di bawah.

Pilih aliran yang diperlukan melalui pilihan yang disediakan. Klik butang tahun di atas untuk memuat turun bahan. Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan panduan sahaja, boleh ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian

Melalui aturan perancangan yang baik, guru-guru dapat meningkatkan keyakinan diri ketika memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan yang baik akan memudahkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan lebih berkesan.

Penyediaan RPH Pendidikan Islam ini dapat mengelakkan guru daripada tertinggal tema atau sub-tema yang terkandung dalam silibus kurikulum yang sepatutnya disampaikan. Pengalaman dan penguasaan guru terhadap isi pembelajaran adalah berbeza.

Maka dengan adanya perancangan ini, guru dapat memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut perancangan yang tepat.

Pengurusan masa adalah sangat penting. Perancangan yang baik akan mendorong guru menggunakan masa yang ada secara maksimum. Tidak terkurang walau seminit, juga tidak berlebihan sehingga mengganggu sesi pembelajaran untuk kelas yang seterusnya.

Boleh juga klik pilihan rancangan pengajaran bagi subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Islam.

RPH Pendidikan Islam
RPH Pendidikan Islam Tahun 1-6

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!