RPH Bahasa Melayu Tahun 1 – 6 (KSSR)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman Flip.MY sekali lagi. RPH Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 merupakan ini merupakan keperluan guru-guru untuk merancang sesi pembelajaran bersama murid-murid.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah penting dan wajib bagi seseorang guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, guru perlu mempersiapkan diri dengan perancangan rapi. Kegagalan menyediakannya akan mengakibatkan guru dikenakan tindakan.

Rujukan utama untuk menghasilkan RPH ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Antara butiran yang perlu dinyatakan dalam rancangan pengajaran ialah:-

  1. Mata pelajaran, Tingkatan/Darjah
  2. Tarikh dan Masa
  3. Tema dan Tajuk
  4. Kod Standard Pembelajaran (DSKP)
  5. Objektif
  6. Aktiviti
  7. Refleksi

RPH Bahasa Melayu Tahun 1 – 6

Kesemua rancangan pengajaran ini juga perlu dikumpul dan dihantar secara mingguan kepada pihak pentadbir untuk disemak secara mingguan. Bilangan RPH berbeza bagi setiap guru. Semuanya bergantung kepada subjek yang di ajar.

Sekiranya guru mengajar subjek elektif atau secara spesifiknya subjek yang dijalankan untuk tempoh 30 minit sahaja bagi setiap sesi, maka lebih banyaklah perancangan yang perlu disusun.

Para pendidik boleh muat turun contoh RPH Bahasa Melayu melalui pautan yang admin kongsikan di bawah. Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan panduan sahaja, boleh ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Senarai RPH Bahasa Melayu KSSR Semakan mengikut tahun:

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian

Melalui aturan perancangan yang baik, guru-guru dapat meningkatkan keyakinan diri ketika memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan yang baik akan memudahkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan lebih berkesan.

Penyediaan RPH Bahasa Melayu juga dapat mengelakkan guru daripada tertinggal tema atau sub-tema yang terkandung dalam silibus kurikulum yang sepatutnya disampaikan. Pengalaman dan penguasaan guru terhadap isi pembelajaran adalah berbeza.

Maka dengan adanya perancangan yang baik, guru dapat memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut perancangan yang tepat.

Pengurusan masa adalah sangat penting. Perancangan yang baik akan mendorong guru menggunakan masa yang ada secara maksimum. Tidak terkurang walau seminit, juga tidak berlebihan sehingga mengganggu sesi pembelajaran untuk kelas yang seterusnya.

RPH Bahasa Melayu
RPH Bahasa Melayu Tahun 1 hingga 6

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

4 thoughts on “RPH Bahasa Melayu Tahun 1 – 6 (KSSR)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!