RPH Bahasa Melayu Tahun 1 : Rancangan Pengajaran Harian

RPH Bahasa Melayu Tahun 1 yang dikongsikan FLIP DOT MY ini merupakan bahan bantu persedian guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini disusun berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dibekalkan oleh Bahagian Pembanguna Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.

Rancangan Pengajaran Harian adalah penting dan wajib bagi seseorang guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, guru perlu mempersiapkan diri dengan perancangan rapi. Kegagalan menyediakannya akan mengakibatkan guru boleh dikenakan tindakan.

Definisi RPH Bahasa Melayu Tahun 1

RPH ialah singkatan kepada Rancangan pengajaran Harian yang merupakan rujukan utama seseorang guru sebelum memulakan sesi pengajaran. Antara butiran yang perlu dinyatakan dalam dokumen tersebut ialah:-

  1. Mata pelajaran, Tingkatan/Darjah
  2. Tarikh dan Masa
  3. Tema dan Tajuk
  4. Kod Standard Pembelajaran (DSKP)
  5. Objektif Pembelajaran
  6. Aktiviti Pembelajaran
  7. Refleksi

Objektif pembelajaran dibina berpandukan standard pembelajaran dalam DSKP yang pada dasarnya bersifat umum. Dengan adanya objektif pembelajaran, kriteria kejayaan akan dapat dilihat lebih spesifik dan haruslah boleh diukur dan tingkah lakunya mesti jelas.

Contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 1

Penyediaan rancangan pengajaran harian ini perlulah disusun secara koheran atau berturutan berpandukan objektif pembelajaran. Guru-guru boleh memuat turun bahan di bawah untuk dijadikan contoh:-

Muat Turun RPH Bahasa Melayu Tahun1

Berikut pula merupakan koleksi lain yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu sekiranya terlibat dengan pengajaran kelas berbeza aliran. Bahan-bahan ini akan sentiasa dikemaskini supaya sentiasa relevan pada bila-bila masa.

Senarai RPH Bahasa Melayu KSSR Semakan mengikut tahun:

RPH Bahasa Melayu

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!