Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2021: Ismail Sabri

FLIP DOT MY kongsikan jemaah atau senarai menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Pendana Menteri Malaysia Ke-9, barisan kabinet ini merupakan pilihan daripada kombinasi individu berpengalaman dan diyakini dapat membantu pemulihan ekonomi negara.

Ahli-ahli kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang brsifat lebih terbuka dengan menjunjung aspirasi Keluarga Malaysia dengan memberikan perkhidmatan yang lebih efisen.

Senarai Menteri Kanan Kabinet Malaysia 2021

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    • Menteri Kanan: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
    • Timbalan Menteri: Senator Datuk Lim Ban Hong
  2. Kementerian Pertahanan
    • Menteri Kanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
  3. Kementerian Kewangan
    • Menteri: Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
    • Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
    • Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa
  4. Kementerian Kerja Raya
    • Menteri Kanan: Datuk Seri Fadillah Yusof
    • Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup
  5. Kementerian Pendidikan
    • Menteri Kanan: Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin
    • Timbalan Menteri I: Senator Datuk Dr Mah Hang Soon
    • Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2021

  1. Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
    • Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
    • Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith
  2. Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
    • Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
    • Timbalan Menteri: Datuk Mastura Mohd Yazid
  3. Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
    • Menteri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
    • Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsuddin 
  4. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    • Menteri: Senator Idris Ahmad 
    • Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary 
  5. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
    • Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
    • Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
  6. Kementerian Pengangkutan
    • Menteri: Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
    • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong
  7. Kementerian Alam Sekitar dan Air
    • Menteri: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
    • Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
  8. Kementerian Sumber Manusia
    • Menteri: Datuk Seri M. Saravanan 
    • Timbalan Menteri: Datuk Awang Hashim
  9. Kementerian Wilayah Persekutuan
    • Menteri: Datuk Seri Shahidan Kassim 
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias 
  10. Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat 
    • Menteri: Datuk Seri Rina Mohd Harun
    • Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff 
  11. Kementerian Pengajian Tinggi
    • Menteri: Datuk Dr Noraini Ahmad
    • Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad 
  12. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
    • Menteri: Datuk Seri Takiyuddin Hassan 
    • Timbalan Menteri: Datuk Ali Biju
  13. Kementerian Dalam Negeri
    • Menteri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
    • Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
    • Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
  14. Kementerian Kesihatan
    • Menteri: Khairy Jamaluddin
    • Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
    • Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
  15. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
    • Menteri: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
    • Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
    • Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh 
  16. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
    • Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid
    • Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
    • Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah 
  17. Kementerian Luar Negeri
    • Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah 
    • Timbalan Menteri: Datuk Kamarudin Jaffar
  18. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    • Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
    • Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
  19. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
    • Menteri: Tan Sri Annuar Musa 
    • Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
  20. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    • Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
  21. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
    • Menteri: Datuk Seri Dr Adham Baba
    • Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim 
  22. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    • Menteri: Tan Sri Noh Omar 
    • Timbalan Menteri: Muslimin Yahaya 
  23. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    • Menteri: Datuk Zuraida Kamaruddin
    • Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
    • Timbalan Menteri II: Willie Mongin
  24. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
    • Menteri: Datuk Seri Nancy Shukri
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar
  25. Kementerian Perpaduan Negara
    • Menteri: Datuk Halimah Mohamed Sadique
    • Timbalan Menteri: Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal 
  26. Kementerian Belia dan Sukan
    • Menteri: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
    • Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
Senarai menteri dan timbalan menteri lengkap 2021

Jika dilihat dalam senarai menteri dan timbalan perdana menteri dalam kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah pemimpin wanita yang dilantik adalah sama dengan kabinet sebelumnya, iaitu 9 ahli parlimen. Antara yang diberi kepercayaan ialah:

  1. Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat); 
  2. Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi);
  3. Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
  4. Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).
  5. Datuk Zuraida Kamaruddin (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
  6.  Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat);
  7. Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak);
  8. Datuk Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas);
  9. Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang))

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!