Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia Secara dalam Talian 2022 : eSSeM

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa cakna tentang kepelbagaian kecerdasan murid. Maka, tercetuslah idea penubuhan Sekolah Seni Malaysia (SSeM). Permohoanan ke Tingkatan Satu bagi Tahun 2022 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang jika anak-anak dapat dikembangkan potensi mereka dalam bidang seni.

Untuk permohonan kemasukan pada tahun 2022, uji bakat akan dilakukan melalui rakaman video. Untuk permohonan kemasukan pada tahun 2022, uji bakat akan dilakukan melalui rakaman video.

Pemohon perlu memuat turun dan mencetak Setelah mengklik hantar permohonan, pemohon perlu memuat turun dan mencetak lampirkan soalan yang disediakan mengikut bidang yang dipilih. Calon juga mesti berpakaian kemas dan sesuai semasa membuat sesi rakaman.

Syarat Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia

Setiap murid yang memohon hendaklah meneliti syarat-syarat yang berikut sebelum membuat permohonan:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. mempunyai bakat dan potensi dalam bidang kesenian, sama ada Seni Visual, Tari, Teater ataupun Muzik.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Memuat permohonan secara dalam talian. Tidak ada permohonan secara manual akan diproses.

Penempatan murid adalah kelolaan Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Calon-calon juga diingatkan menyemak syarat kemasukan sebelum membuat permohonan.

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia

  1. Pemohon mestilah dari sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Melepasi kelayakan dalam Uji Bakat secara dalam talian
  3. Bersetuju menerima tawaran kemasukan ke SSeM mengikut bidang yang ditetapkan
  4. SSeM beroperasi dengan konsep sekolah asrama penuh. Murid yang telah berjaya diterima masuk diwajibkan tinggal di asrama dan mamatuhi peraturan yang ditetapkan.
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  6. Permohonan akan ditolak jika calon didapati menegmukakan sebarang dokumen palsu semasa membuat permohonan.

Permohonan Dalam Talian Melalui eSSeM

Hanya permohonan dalam talian akan diterima. Calon perlu membuat permohonan melalui portal https://essem.moe.gov.my/. Daftar masuk menggunakann nombor kad pengenalan calon.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, pemohon boleh rujuk Manual Pengguna, atau menghubungi pegawai menerusi talian:

  • Tel : 03-88721616 (Pn Zuraini Binti Abu Hassan)
  • Tel : 03-88721760 (Cik Noor Azilah Binti Ismail)
  • Email : [email protected]

Senarai SSeM di Seluruh Malaysia

Sekolah Seni Malaysia Perak
Sekolah Seni Malaysia Johor

Sehingga kini, terdapat empat buah SSeM dan sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni. Berikut merupakan lokasi kelima-lima buah sekolah yang dinyatakan:

Sekolah Seni Malaysia

  1. SSeM Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
  2. SSeM Sarawak di Kuching;
  3. SSeM Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
  4. SSeM Perak di Sungai Siput Utara.

Sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni

  1. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia Secara dalam Talian 2022 : eSSeM”

Leave a Comment

error: Content is protected !!