Gambar Poster Mewarna Sambutan Hari Guru 2023

Gambar Poster Mewarna Sambutan Hari Guru atau bulan puasa ini amat sesuai untuk kanak-kanak atau murid sekolah rendah. Gambar mewarna ini boleh juga digunakan untuk murid sekolah menengah atau golongan dewasa untuk melatih fokus dan mempelajari teknik mewarna dengan betul.

Khas buat guru-guru yang masih tercari-cari bahan-bahan bersesuaian yang bertemakan sambutan Hari Guru untuk kegunaan di dalam kelas tetapi mempunyai kekangan atau kesuntukan masa menyediakannya sendiri.

Kali ini FLIP DOT MY kongsikan lukisan bertemakan hari penghargaan guru untuk diwarna. Murid-murid boleh belajar menggunakan cara atau teknik mewarna dengan betul, tidak kiralah dengan menggunakan pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya.

Teknik dan Cara Mewarna yang Betul

Murid-murid perlulah belajar cara dan teknik yang betul untuk mencantikkan gambar mewarna Sambutan Hari Guru supaya dapat menghasilkan karya yang cantik dan berkualiti. Kenali warna asas dan warna sekunder dan tone warna untuk memperlihatkan dimensi imej yang baik.

1. Warna asas

Warna asas atau warna utama adalah warna dari pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain. Melalui warna asas ini, lain-lain warna dapat dihasilkan setelah dicampur.

Bagi kanak-kanak, penting bagi mereka untuk memahami warna kerana ianya adalah asas penting yang akan mereka gunakan untuk belajar di semua bidang kehidupan mereka. Warna juga dapat mempengaruhi mood, kesejahteraan emosi, produktiviti, pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.

2. Warna sekunder

Warna sekunder adalah warna yang berasal dari pencampuran dua warna asas. Pencampuran dua warna asas akan menghasilkan warna baru yang disebut warna sekunder. Dengan aktiviti mencampurkan warna anak-anak boleh kembangkan kreativiti tanpa had dengan menghasilkan warna-warna baru yang pelbagai,

3. Tone warna gambar buah

Tone warna merupakan nilai warna iaitu dari terang ke gelap. ton warna ini dihasilkan melalui warna asas atau sekunder sedikit demi sedikit dengan warna hitam atau warna putih menggunakan nisbah berlainan.

Jika kanak-kanak atau murid-murid telah mahir dengan perbezaan tone warna, ini boleh pula menghasilkan ruang dan bentuk 3 dimensi, seperti contoh objek yang berada jauh mempunyai nilai cahaya yang lebih cerah berbanding dengan objek yang berada dekat. Jadi arkitek atau jurutera pun perlukan kemahiran membezakan tone warna!

4. Aktiviti mewarna Kartun

Selepas aktiviti melukis kartun dibuat, anak-anak boleh menggunakan ilmu tentang warna dan menjadikan lukisan kartun mereka benar-benar menarik dan lebih ‘hidup’. Dalam aktiviti ini, kemahiran dan emosi anak dilatih seiring. Kombinasi warna-warna yang menarik, menjadikan anak-anak lebih ceria dan menambah keyakinan mereka. 

Muat Turun Gambar Poster Mewarna Sambutan Hari Guru

Para pengunjung Portal FLIP.MY boleh juga memilih gambar-gambar mewarna yang lain untuk menjalankan aktiviti. Perkongsian bahan ini bukanlah 100% milik FLIP.MY. Kebanyakannya adalah milik pengkarya dari dalam dan luar negara yang dinyatakan sumbernya.

Bagi sambutan kali ini, kami memilih untuk berkongsi hasil kerja Puan Ida Nurlida kerana susunan grafik yang kemas dan menarik ini. Doakan kesihatan dan kekayaan rezeki, kesihatan dan ruang masa untuk terus berkarya.

Klik pautan muat turun di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan mewarna tersebut:-

Poster Mewarna Sambutan Hari Guru by Ida Nurlida

No.Gambar Mewarna Mengikut TemaMuat Turun
1Sains Untuk Kesihatan 1Muat Turun
2Sains Untuk Kesihatan 2 Muat Turun
3Sains Untuk Kesihatan 3 Muat Turun
4Gambar Mewarna Buahan Tempatan Muat Turun
5Gambar Mewarna Sempena Ramadhan KareemMuat Turun
6Gambar Mewarna Hari Raya Aidilfitri Muat Turun
Format bahan adalah menggunakan PDF atau JPEG
Gambar Poster Mewarna Sambutan Hari Guru 2023

Didik para pelajar atau murid khususnya murid sekolah rendah tentang pengorbanan dan harapan seorang guru terhadap muridnya yang ringkas dan comel ini sebagai set induksi atau permulaan sesi pembelajaran. Setiap gambar yang disediakan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk membincangkan kepentingannya dan keistimewaan sambutan ini.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!