Aktiviti Mewarna Gambar Buah-Buahan Untuk Kanak-Kanak

Ingin laksana aktiviti Mewarna Gambar Buah-Buahan untuk kanak-kanak atau murid sekolah rendah? Gambar mewarna ini boleh juga digunakan untuk murid sekolah menengah atau golongan dewasa untuk mempelajari teknik mewarna dengan betul.

Kali ini FLIP DOT MY kongsikan lukisan buah-buahan tempatan untuk diwarna. Murid-murid boleh belajar menggunakan cara atau teknik mewarna dengan betul, tidak kiralah dengan menggunakan pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya.

Teknik dan Cara Mewarna yang Betul

Murid-murid perlulah belajar cara dan teknik warna gambar buah-buahan yang betul untuk menghasilkan karya yang cantik dan berkualiti. Kenali warna asas dan warna sekunder dan tone warna untuk memperlihatkan dimensi imej yang baik.

1. Warna asas

Warna asas atau warna utama adalah warna dari pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain. Melalui warna asas ini, lain-lain warna dapat dihasilkan setelah dicampur.

Bagi kanak-kanak, penting bagi mereka untuk memahami warna kerana ianya adalah asas penting yang akan mereka gunakan untuk belajar di semua bidang kehidupan mereka. Warna juga dapat mempengaruhi mood, kesejahteraan emosi, produktiviti, pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.

2. Warna sekunder

Warna sekunder adalah warna yang berasal dari pencampuran dua warna asas. Pencampuran dua warna asas akan menghasilkan warna baru yang disebut warna sekunder. Dengan aktiviti mencampurkan warna anak-anak boleh kembangkan kreativiti tanpa had dengan menghasilkan warna-warna baru yang pelbagai,

3. Tone warna gambar buah

Tone warna merupakan nilai warna iaitu dari terang ke gelap. ton warna ini dihasilkan melalui warna asas atau sekunder sedikit demi sedikit dengan warna hitam atau warna putih menggunakan nisbah berlainan.

Jika kanak-kanak atau murid-murid telah mahir dengan perbezaan tone warna, ini boleh pula menghasilkan ruang dan bentuk 3 dimensi, seperti contoh objek yang berada jauh mempunyai nilai cahaya yang lebih cerah berbanding dengan objek yang berada dekat. Jadi arkitek atau jurutera pun perlukan kemahiran membezakan tone warna!

4. Aktiviti mewarna Kartun

Selepas aktiviti melukis kartun dibuat, anak-anak boleh menggunakan ilmu tentang warna dan menjadikan lukisan kartun mereka benar-benar menarik dan lebih ‘hidup’. Dalam aktiviti ini, kemahiran dan emosi anak dilatih seiring. Kombinasi warna-warna yang menarik, menjadikan anak-anak lebih ceria dan menambah keyakinan mereka. 

Muat Turun Gambar Buah-Buahan

Para pengunjung Portal FLIP.MY boleh juga memilih gambar-gambar mewarna yang lain untuk menjalankan aktiviti. Perkongsian bahan ini bukanlah 100% milik FLIP.MY. Kebanyakannya adalah milik pengkarya dari dalam dan luar negara yang dinyatakan sumbernya.

Klik pautan muat turun di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan mewarna tersebut:-

No.Gambar Mewarna Mengikut TemaMuat Turun
1Sains Untuk Kesihatan 1Muat Turun
2Sains Untuk Kesihatan 2 Muat Turun
3Sains Untuk Kesihatan 3 Muat Turun
4Gambar Mewarna Buahan Tempatan Muat Turun
5Gambar Mewarna Sempena Ramadhan KareemMuat Turun
6Gambar Mewarna Hari Raya Aidilfitri Muat Turun
Format bahan adalah menggunakan PDF atau JPEG
Mewarna Gambar Buah Buahan Tempatan

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!