Tema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Tema Hari Guru 2023 ialah Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Setiap tahun pastinya ada cadangan dan penetapan tema bagi sambutan ini. Tema itu diumumkan pada majlis pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan bertempat di East Coast Mall, Kuantan, Pahang.

Dengan adanya tema ini, diharapkan dapat membangkitkan roh dan jiwa warga pendidik ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.

Para pendidik daripada seluruh negara dihasratkan dapat mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan penekanan kepada 3 aspek utama, iaitu:

  1. Jati Diri dan Kenegaraan
  2. Roh dan Jiwa Guru
  3. Pengetahuan dan Kemahiran

Maksud Tema Hari Guru 2023

Tarikh Hari Guru 2023 tetap sama, iaitu pada 16 Mei 2023. Sambutan di peringkat sekolah atau kebangsaan pula tergantung kepada ketua jabatan mengikut kesesuaian tarikh dan takwim aktiviti masing-masing.

Berikut pula merupakan tema sambutan sejak tahun 1972:-

  • 2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
  • 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2021 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
  • 2020 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
  • 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2013 : Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
  • 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 : Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  • 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!