PIBK KPM Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah

PIBK KPM ialah Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai antara sokongan kepada kemenjaidan murid di sekolah. Melalui Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pihak KPM bertekad untuk menggerakkan pihak ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam membantu sistem pendidikan negara.

Hasil penyelidikan antarabangsa jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran juga berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti setempat. Di Malaysia, murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dengan anggaran 18 jam daripada 24 jam sehari.

Oleh itu, objektif utama pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti ini adalah untuk menjadikan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai salah satu medium untuk membantu murid belajar. Ini membolehkan murid sentiasa didampingi ruang pembelajaran sebaik sahaja keluar daripada rumah.

Baca juga: Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum Murid

Faedah Pelaksanaan PIBK KPM

Penyelidikan antarabangsa juga membuktikan bahawa faedah sekolah yang mewujudkan penglibatan dengan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pendidikan tinggi mempunyai prestasi yang baik, merangkumi pencapaian akademik yang menggalakkan dan ketidakhadiran murid yang lebih rendah.

Kewujudan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti ini telah mendatangkan banyak faedah kepada murid-murid, guru dan ibu bapa. Berikut merupakan antara kelebihan pelaksanaannya:-

  1. Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan anak-anak. Guru bertanggungjawab ke atas pendidikan sekolah, selama tiga atau empat jam, manakala ibu bapa/keluarga tinggal bersama mempunyai tempoh masa lebih lama untuk membentuk anak-anak.
  2. Pengalaman atau idea yang diketengahkan oleh guru-guru semasa di sekolah dapat diperkukuhkan dengan keadaan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
  3. Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.
  4. Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang  optimum di atas segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
  5. Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.
PIBK KPM PIBG

Kategori-Kategori PIBK Sekolah

Melalui pelaksanaan penglibatan ini, terdapat beberapa sumbangan yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat. Berikut merupakan 4 kategoti penglibatan:

1. Kategori keibubapaan (parenting)

Pihak sekolah mengesyorkan agar ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk belajar di rumah. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap persediaan kanak-kanak untuk menerima proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sekolah.

Di samping itu, ia juga dapat membantu guru mengetahui latar belakang keluarga dan budaya yang diamalkan dalam sesebuah keluarga itu.

2. Kategori komunikasi (communication)

Pihak sekolah sentiasa dapat berhubung dengan ibu bapa atau penjaga mengenai program atau aktiviti anak-anak mereka di sekolah. Selain itu juga, pada masa yang sama dapat berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan pembelajaran atau pencapaian anak-anak menggunakan proses komunikasi yang berkesan.

Komunikasi jenis ini merangkumi komunikasi dua hala yang berlaku antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat setempat dari masa ke masa.

3. Kategori kesukarelawanan (volunteerism)

Sekolah biasanya menguruskan bantuan ibu bapa atau mengelola pasukan sukarelawan untuk membantu pihak sekolah. Aktiviti sukarela tersebut melibatkan semua aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dan persekitaran sekolah anak-anak mereka.

4. Kategori pembelajaran di rumah (learning at home)

Bagi anak-anak yang belajar di rumah, sekolah akan memberi ibu bapa idea untuk mendorong anak aktiviti pembelajaran anak di rumah. Anak-anak ini diaharapkan agar dapat belajar sepenuhnya dalam setiap mata pelajaran supaya tidak akan ketinggalan. Jenis penyertaan ini biasanya mempengaruhi pencapaian dan perkembangan anak sendiri.

Penyertaan semua pihak yang berkepentingan melalui PIBK Kementerian Pendidikan akan mewujudkan ekosistem pembelajaran dan memperkukuhkan pengajaran pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diterapkan kepada anak-anak sekolah. Anda boleh merujuk kepada dokumen konsep PTA untuk lebih memahami penglibatan ibu bapa dan komuniti serta tujuan pelaksanaannya.

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2021
  2. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  4. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  5. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2021
  6. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  7. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  8. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!