Doa Selepas Solat Berserta Maksud dan Ejaan Rumi

Wirid dan doa selepas solat amat baik untuk diamalkan. FLIP.MY menyusun kandungan ini dengan lengkap dan terperinci untuk memudahkan anda mempelajari wirid atau zikir dan doa yang boleh dibaca selepas menyempurnakan solat fardhu. Semoga panduan ini dapat membantu anda beribadah dengan sempurna.

Sombong yang paling merugikan adalah bersifat sombong dengan Tuhan. Dalam apa juga perkara yang dilakukan sehari-harian. Tidak kiralah sama ada kita masih anak-anak kecil, remaja, dewasa atau warga emas sekalipun, selalulah berbicara dengan-NYA.

Beribadat dan berdoa dengan sesungguhnya kerana Dialah yang maha mendengar dan juga paling memahami. Tiap kali selesai menunaikan sembahyang, luangkan juga sedikit masa untuk berdoa kepada-NYA.

Doa Selepas Solat – Rumi dan Terjemahan

Doa Selepas Solat Pendek

Petikan doa ini dipetik daripada laman AkuIslam.Com. Terdapat beberapa versi doa yang dikongsikan, namun FLIP.MY kongsikan di sini veri doa yang ringkas. Para imam atau mulimin muslimat boleh baca, hafal dan amalkan.

Sesungguhnya kepada dia kita meminta dan berdoa. Semoga setiap amal adalah di bawah lembayung rahmah yang tidak terhingga daripada Sang Pencipta.

Doa Selepas Solat dan makna bahasa melayu

Doa selepas solat dalam ejaan jawi disediakan juga untuk semakan bacaan. Walau bagaimanapun, kami amat menyarankan untuk rujuk juga susunan di atas supaya tidak terganggu makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.

Bacaan doa dalam tulisan rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Doa Selepas Solat Rumi

Maksud bacaan doa selepas solat

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Demikian sahaja perkongsian kali ini mengenai bacaan doa selepas solat. Semoga mendapat manfaat daripada bacaan kali ini.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Doa Selepas Solat Berserta Maksud dan Ejaan Rumi”

Leave a Comment

error: Content is protected !!