Refleksi RPH: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Tempoh PdPR

Kini kongsikan contoh penulisan Refleksi RPH: Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh memberikan percambahan idea kepada guru-guru. Refleksi ialah proses penting dalam kitaran sesi pembelajaran dan kemajuan profesional guru. Pengalaman mengajar yang guru perolehi sejak awal perkhidmatan tidak ternilai dan dapat dikongsi untuk kebaikan semua.

Dalam perkongsian ini, FLIP.MY ingin berkongsi dengan anda beberapa contoh ringkas koleksi penulisan refleksi guru. Koleksi boleh dijadikan contoh dan panduan untuk guru selepas setiap kali sesi pembelajaran bersama murid diadakan.

Manfaat Refleksi RPH: Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Memberi panduan perancangan pengajaran yang lebih baik. 
  2. Menjana idea-idea yang berinovatif semasa menghasilkan bahan pengajaran. 
  3. Lebih memahami tentang keperluan kepelbagaian murid-murid. 
  4. Mampu menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan setelah mengambil kira semua pilihan. 
  5. Menjana tindakan yang proaktif dan bukannya reaktif. 
  6. Membangunkan dan menggunakan cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid. 
  7. Bertimbang rasa terhadap setiap murid-murid yang diajar. 
  8. Mempunyai kemampuan untuk memahami diri sendiri dan juga orang lain. 
  9. Menyedari kesilapan dengan cepat dan dapat mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan tersebut.

7 Contoh Refkleksi PdPR

Contoh Refleksi RPH dalam tempoh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ini mungkin dapat memberikan panduan kepada rakan-rakan guru.

  1. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dirancang dan disediakan didapati perlu diubah kerana kaedah pembelajaran sedia ada tidak dapat membantu pelajar mencapai Tahap Penguasaan 3. Kebanyakan murid menghadapi kesukaran untuk menguasai isi pembelajaran yang disampaikan. Ini mungkin kerana murid kurang biasa dengan kaedah pembelajaran dalam talian.
  2. Sepanjang proses PdPR dilaksanakan, kebanyakan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti PdPR dengan jayanya tetapi terdapat juga sebahagian murid tidak menyertai PdPR kerana kekangan jaringan internet dan peranti yang bersesuaian untuk proses PdPR. 
  3. Setelah membuat beberapa pengubahsuaian, sesi PdPR kali ini dapat berjalan dengan sempurna. Murid didapati sangat terarik dan bermotivasi untuk belajar. Ini mungkin kerana guru menggunakan Google Slides dan kuiz Kahoot menjadikan mereka lebih berminat dan bersedia untuk belajar. Murid telah terlibat secara aktif dalam menjawab soalan menggunakan kemudahan aplikasi yang ditetapkan.
  4. Setelah melaksanakan proses PdPR, murid-murid dapat menggunakan teknologi yang ada untuk menguasai kemahiran belajar secara intensif. Di samping itu, murid dapat menguasai kriteria kejayaan yang disasarkan. Bukan itu sahaja, setelah selesai proses pembelajaran, murid juga berjaya menguasai tahap penguasaan 4 dan 5.
  5. Sesi PdPR yang diadakan hari ini telah mencapai objektif dan kriteria kejayaanyang diharapkan. Melalui sesi kali ini, murid dapat menguasai semua kriteria kejayaan yang telah ditetapkan. Di samping itu, murid-murid juga berjaya menguasai semua kemahiran yang mereka pelajari dalam proses PdPR.
  6. Dalam sesi pembelajaran dalam talian hari ini, disebabkan masalah rangkaian Internet yang mengganggu proses PdPR, hanya 20 daripada 30 murid dapat menguasai objektif pembelajaran, dan 10 daripada 30 murid tidak mencapai matlamat pengajaran.
  7. Disebabkan isu Internet, proses PDPR tidak dapat dilakukan seperti biasa dalam masa yang ditetapkan. Tugasan offline diberikan dan kebanyakan murid tidak dapat mengambil bahagian. Ia juga mengganggu semua rancangan pengajaran yang telah dirangka dan perlu diulang semula kerana murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran.
Refleksi RPH PDPR

25 Contoh Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Ringkas

  1. Murid-murid memerlukan lebih latihan pengukuhan/pengayaan berkaitan topik ……..
  2. Ulang kaji kandungan tajuk pada akhir bab ini ……..
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah sebagai aktiviti pemulihan.
  4. Murid berjaya menguasai konsep baharu ……..
  5. Sesuaikan sebahagian kandungan pembelajaran hari ini dalam kerja rumah murid pada minggu hadapan.
  6. Sebahagian besar murid kurang faham. Ulangi topik yang sama dengan cara yang berlainan dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan gerak kerja secara koperatif dan berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid menyelesaikan tugasan baharu.
  10. Guru perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka untuk meransang pemikiran dan percambahan idea murid.
  11. Temui kaedah pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
  12. Periksa sama ada murid membawa ……… ke dalam kelas pada sesi akan datang.
  13. Sediakan lebih banyak contoh ……… untuk membantu murid lebih memahami ………
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …….. semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak memadai, perlukan lebih masa untuk topik ini.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan ……..
  23. Guru merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ………
  24. Gerakan ……… dan ……… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Semoga Refleksi RPH ini dapat melengkapkan rancangan pengajaran harian dengan laporan dan catatan yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!