Pendekatan Modular dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Modular merupakan antara cadangan strategi yang diketengahkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Catch-UP Plan Program KPM PerkasaKU.

Pelaksanaanya boleh diaplikasikan dalam semua subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan lain-lain lagi. Program KPM PerkasaKU ialah landasan pemerkasaan pelaksanaan kurikulum yang dijalankan dalam tempoh 1 September 2021 hinggalah 28 Februari tahun 2022.

Imbas kembali antara objektif atau tujuan pelaksanaan Catch-Up Plan ialah:

  1. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengisian pengajaran tahun semasa secara optimum.
  2. Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis atau dalam tempoh Pendemik Covid-19.
  3. Menyediakan sokongan pengajaran kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam apa juga mekanisme.
  4. Memastikan murid-murid telah bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran tahun persekolahan akan datang.

Baca juga: KPM PerkasaKU dan Catch-UP Plan

Maksud Pendekatan Modular

Pendekatan ini membolehkan para guru untuk pilih dan susun tajuk serta Standard (SK/SP) bergantung kepada keperluan dan kesesuaian situasi. Kaedah ini membolehkan pelbagai teknik digunakan berdasarkan keupayaan murid dan juga situasi semasa.

Guru boleh mengaplikasikan pendekatan ini menggunakan konsep adaptability dan flexibility berdasarkan persekitaran lokaliti sekolah. Selain itu juga, murid-murid akan dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Baca juga: Panduan Penetapan Catch-UP Plan Melalui Analisis Kandungan Asas Kurikulum

Melalui kurikulum yang dirangka melalui KSSR dan KSSM, pendekatan ini boleh dilaksanakan menggunakan dua konsep berikut:-

  1. Secara linear
    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran disampaikan mengikut URUTAN seperti yang terkandung dalam DSKP.
  2. Secara bukan linear
    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran disampaikan TANPA mengikut urutan kandungan DSKP.

Kandungan modul direka bertujuan untuk menghubungjalinkan keperluan belajar, tujuan, hasil, sumber pembelajaran, teknik dan juga strategi PdP serta kriteria pentaksiran.

Ciri-ciri tersebut menyebabkan tajuk yang hendak disampaikan dapat diterima oleh murid dengan lebih efisien dan berkesan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka.

Pendekatan ini juga membantu murid menilai tahap kemajuan masing-masing melalui sesi perbincangan dengan guru serta rakan-rakan semasa proses PdPc berlangsung.

Kelebihan Pendekatan Modular

  1. Mengurangkan dan menjimatkan masa PdPc.
  2. Guru boleh mengawal pembelajaran murid dengan lebih mudah.
  3. Murid dapat menggunakan pendekatan ini sevagai alat penilaian sama ada murid telah menguasai atau belum menguasai tajuk yang dipelajari.
  4. Murid belajar melalui persekitaran setempat dan situasi semasa.
  5. Murid dapat menggunakan modul secara individu, dalam kumpulan kecil atau melalui kumpulan besar.

Secara keseluruhannya pendekatan ini adalah asalah satu kaedah PdPc yang dapat memudahkan pembelajaran. Ia juga dapat menggalakkan murid berfikir, menghayati dan bertindak serta mengintegrasi maklumat atau kandungan pembelajaran.

Peranan guru sebagai fasilitator dalam pendekatan ini akan mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih aktif. Secara tidak langsung, guru akan lebih inovatif dan bijak dalam mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan nilai dalam pendidikan.

Justeru itu, pendekatan modular ini mampu memberi impak yang baik kerana ia dapat merangsang penglibatan aktif murid dan guru serta menyediakan PdP yang sesuai dengan keperluan semasa dan keperluan murid.

Rujukan: Buku Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Strategi dan Kaedah dalam Catch-Up Plan

Pihak KPM mencadangkan guru-guru menggunakan Strategi M2P iaitu mampatan, pecutan dan pengayaan. Kemudian yang kedua dicadangkan juga satu lagi strategi yang disebut sebagai Student Engagement Learning Framework ataupun singkatannya adalah SELF.

Menurut Puan Hajah Nor Azza, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPK, sesiapa sahaja boleh menggunakan strategik yang dicadangkan ini, walaupun capaian peratusan penguasaan KAK telah melebihi 70%.

Untuk melaksanakan strategi-strategi ini pihak BPK juga mencadangkan beberapa kaedah seperti berikut:

  1. Pendekatan Bertema
  2. Pendekatan Modular
  3. Pembelajaran Berasaskan projek
  4. Pembelajaran Terbeza
  5. Simulasi Amali (Virtual Lab)

Maklumat lanjut mengenai kaedah-kaedah ini, boleh didapati melalui Reposotori SumberKU. Repositori sumber ku ini sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam pelaksanaan Catch-UP Plan.

Repositori SumberKU ini dapat diakses melalui serambi DELIMa MOE. SumberKU boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah ibubapa yang akan membantu pelaksanaan KPM PerkasaKU dan Catch-UP Plan bersama-sama guru dan murid.

Pendekatan Modular

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!