ePenawaran Permohonan HLP 2022 : Hadiah Latihan Persekutuan

Permohonan HLP 2022, iaitu Hadiah Latihan Persekutuan bergaji penuh, separuh masa atau sambilan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka. Permohonan ini merangkumi dengan atau tanpa biasiswa, dan bergaji penuh.

Guru-guru boleh mula membuat persediaan untuk mendapatkan hadiah ini untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran atau juga pengurusan pendidikan.

Inisiatif besar ini adalah kemudahan cuti belajar yang melibatkan Pegawai Pengajian Tinggi (PPPT) di bawah pengurusan dan kumpulan profesional gred DG 41 dan ke atas yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Terkini: Kandungan Asas Kurikulum dan Catch-UP Plan KPM

Guru-guru atau mana-mana pegawai pendidikan yang ingin memohon boleh membuat semakan melalui pautan di bawah pada tarikh yang telah ditetapkan:

https://epenawaran.moe.gov.my 

Maklumat Permohonan HLP 2022

Calon-calon yang berhasrat untuk memohon secara atas talian sepenuhnya menggunakan pautan https://epenawaran.moe.gov.my atau menerusi laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan merujuk kepada Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka.

Permohonan HLP 2022

Berikut merupakan poster pemakluman yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh permohonan HLP KPM 2022 adalah seperti berikut:

  • Permohonan mula dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022

Senarai Program Yang Ditawarkan ePenawaran

Berikut pula merupakan perincian program penajaan yang ditawarkan pada setiap tahun dan boleh dimohon oleh guru atau pegawai yang berkelayakan:

  1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. HLP bagi Program Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD);
  4. HLP bagi Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]; dan
  5. Hadiah Latihan Persekutuan bagi Program Khas Yang Menyokong Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Melalui program CBBP DB atau HLP, PPP yang berjaya, calon akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di Universiti Awam di dalam negara atau universiti luar negara yang telah disenaraikan.

Maklumat Cuti Belajar KPM

Permohonan Program Penajaan/Cuti Belajar KPM bagi tahun 2022 dibuka kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM (rujuk Senarai Bidang Pengajian Tahun 2022).

PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada masa akan datang.

PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk mengikuti pengajian dalam tiga pilihan mod pengajian iaitu seperti yang berikut:

  1. Ijazah sarjana:
    • Mod Campuran (Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis); atau
    • Mod Penyelidikan
  2. Ijazah kedoktoran falsafah (PhD):
    • Mod Penyelidikan
  3. Ijazah kedoktoran pendidikan (EdD):
    • Mod Campuran

PPP yang berhasrat untuk memohon kemudahan Program Penajaan/ Cuti Belajar KPM digalakkan untuk membuat persediaan dan perancangan awal termasuk mengenal pasti universiti yang menawarkan bidang pengajian yang ingin dimohon, memastikan bidang tersebut selaras dengan
ketetapan KPM dan memastikan penyelia akademik sewaktu pengajian kelak adalah berkepakaran dalam bidang yang dimohon.

KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dipanggil temu duga. Sehubungan dengan itu, PPP yang berjaya dipanggil temu duga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang baik sebelum menghadiri temu duga.

PPP perlu menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan (dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara dan bahasa Inggeris bagi pengajian luar negara) yang berkualiti dan asli bersesuaian dengan bidang yang dimohon berserta slaid pembentangan yang dibawa semasa sesi temu duga.

PPP yang berjaya temu duga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat dan wajib menghadiri Kursus Persediaan bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM serta lulus ujian yang diadakan semasa kursus tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri kursus tersebut akan
mengakibatkan penawaran terbatal.

PPP yang menerima kemudahan Program Penajaan/Cuti Belajar KPM adalah terikat dengan kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma yang terkandung dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab terhadap pengajian dan wajib menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca juga: Cara untuk mengelakkan diri dari dibuli

Selain itu, calon-calon yang diterima ini juga layak menerima penajaan yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

HLP, CBBP DB dan HLPS

PPP yang berjaya ditawarkan HLP akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ā€˜Cā€™ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, PPP mengisi Jawatan Latihan BT, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. PPP juga layak untuk menerima elaun biasiswa serta penajaan yuran pengajian.

PPP yang berjaya ditawarkan HLP/CBBP DB akan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di universiti awam (UA) di dalam negara atau universiti di luar negara.

HLPS pula adalah merujuk kepada program penajaan yang ditawarkan kepada guru dan pegawai yang berminat atau sedang melanjutkan pengajian secara SEPARUH MASA atau SAMBILAN di universiti awam di dalam negara. PPP yang menerima tawaran HLPS berkelayakan untuk menerima penajaan Yuran Pengajian,Elaun Buku dan Elaun Tesis.

Akhir sekali, program CBBP TB, PPP yang berjaya akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di Universiti Awam di dalam negara sahaja. Namun demikian, pembiayaan yuran pengajian adalah di bawah tanggungan sendiri sepanjang tempoh pengajian yang diluluskan.

Permohonan HLP

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🟢 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🟤 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

6 thoughts on “ePenawaran Permohonan HLP 2022 : Hadiah Latihan Persekutuan”

  1. Salam,
    Saya ingin bertanya berkenaan HLP, saya tidak dapat melengkapkan data tempat bertugas, penempatan terkini, status pengajian dan program.
    mohon bantuan.

    Reply
  2. Salam Sejahtera,

    Saya ingin bertanga adakah CBBP TB boleh dimohon walaupun tidak ditawarkan bagi sesi 2022/2023? Mohon bantuan. Terima kasih.

    Reply
  3. Salam Sejahtera,
    Saya dah dapat tempat di universiti utk Program Phd. tetapi umur dah mencecah 50 tahun. Boleh kah dipertimbangkan untuk memohon HLP?’

    Reply
  4. Assalamualaikum tuan..
    Bagaimana dengan sokongan pengetua dan PK1.. bagaimana caranya mereka untuk menyokong atau mengesahkan permohonan selepas dihantar utk disokong..
    terima kasih..

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!