Format Soalan UASA Matematik Tahun 4, 5 dan 6 Terkini KPM

Ramai yang tertanya-tanya rupa bentuk Soalan UASA Matematik dengan format terkini, Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023.

Seperti yang sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3).

Pelaksanaan UASA ini adalah bagi memantapkan lagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan pada sesi akademik tahun akademik 2022/2023. Di sini admin akan berkongsi contoh soalan UASA, harap perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga ibu bapa.

Format Ujian UASA Matematik

Masa untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik, Sains dan Sejarah adalah selama 1 jam 15 minit. Kertas BM hanya 1 kertas sahaja dengan mengandungi 4 bahagian soalan. Markah keseluruhan adalah 50 markah.

  • Jenis Instrumen : Ujian Bertulis
  • Jenis Item
    • Respons Terhad
    • Berstruktur
  • Bilangan Soalan
    • Bahagian A – 13 soalan
    • Bahagian B – 2 Soalan
  • Jumlah Markah
    • Bahagian A – 26 markah
    • Bahagian B – 24 markah
  • Tempoh Ujian : 1 jam 15 minit
  • Konstruk yang ditekankan
    • Mengetahui dan memahami tentang konsep, hukum, prinsio dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan
    • Kemahiran mengaplikasi, menganalisis dan menilai
  • Kaedah Skor Ujian : Analitikal
Format Soalan UASA Matematik

Tahap Penilaian UASA Matematik

Tahap penguasaan atau grading bagi UASA tidak diberikan melalui gred atau markah tetapi dinilai melalui preatasi pelajar mengikut tahap penguasaan seperti berikut:

  1. TP1 : Tahu
    • Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
  2. TP2 : Tahu dan faham
    • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  3. TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
    • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari dan melaksanakannya.
  4. TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
  5. TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  6. TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Format Soalan UASA Bagi Setiap Subjek

Format soalan telah dimaklumkan secara berperingkat. Antara mata pelajaran yang telah didedahkan formatnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Untuk mata pelajaran yang lain, kita masih menunggu pemakluman daripada pihak kementerian. Admin akan cuba kongsikan dahulu maklumat bagi kertas-kertas ujian berikut:

Pelaksanaan UASA Matematik 2022/2023

Pada minggu kedua Januari 2023, sekolah dikehendaki memuat turun dan mencetak soalan ujian berdasarkan mata pelajaran sedia ada di sekolah.

Kemudian, pentadbiran peperiksaan akhir sesi akademik berserta garis panduan pemarkahan akan dilaksanakan sebagai persediaan peperiksaan.

Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan UASA KPM

Mengikut jadual yang dikongsi, ujian ini dijangka diadakan sekitar minggu ketiga Januari. Semoga perkongsian input mengenai UASA Matematik Tahun 4, 5 dan 6 ini membantu rakan-rakan guru dan ibu bapa yang sedang mencari info mengenainya.

Yang Sedikit Dikongsi, Banyak Disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Format Soalan UASA Matematik Tahun 4, 5 dan 6 Terkini KPM”

Leave a Comment

error: Content is protected !!