UASA KPM, Ujian Akhir Sesi Akademik : Format dan Pelaksanaan

Pada 28 April 2021, mesyuarat Jemaah Menteri telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021 dan memperkenalkan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun tersebut.

Selain itu, mesyuarat Kabinet telah memansuhkan Penilaian Tahap 3 (PT3) pada 1 Jun 2022 dan memperkenalkan pelaksanaan PBS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan ujian ini bagi memantapkan lagi PBD dan PBS bermula pada tahun persekolahan 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Ikuti perkongsian kami untuk mengetahui format peperiksaan baharu yang dilancarkan oleh KPM.

Pengenalan Ujian Akhir Sesi Akademik

Menerusi ujian akhir sesi akademik, pelajar dinilai dari segi kemahiran kognitif/intelek dan penguasaan dalam setiap mata pelajaran.

UASA akan ditadbir melalui ujian bertulis yang lengkap.

Penglibatan Murid dalam Ujian

Murid-murid yang terlibat secara langsung adalah seperti berikut:

  • Sekolah Rendah: Darjah 4, 5 dan 6
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

Pada masa yang sama, pelajar dari kelas yang tidak berkaitan akan menduduki peperiksaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sendiri. Sebagai rujukan, berikut merupakan 20 subjek disediakan untuk peperiksaan UASA di peringkat Menengah Rendah iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

Pelaksanaan UASA di peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran utama, iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah

Pelibatan mata pelajaran tertakluk kepada apa yang ditawarkan/disediakan oleh pihak sekolah masing-masing. Peperiksaan dalam mata pelajaran lain seperti Seni Muzik atau Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan sekolah.

Waktu dan tempoh peperiksaan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, manakala jadual peperiksaan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah itu sendiri.

Format Soalan UASA Bagi Setiap Subjek

Format soalan telah dimaklumkan secara berperingkat. Antara mata pelajaran yang telah didedahkan formatnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Untuk mata pelajaran yang lain, kita masih menunggu pemakluman daripada pihak kementerian. Admin akan cuba kongsikan dahulu maklumat bagi kertas-kertas ujian berikut:

Muat Turun Soalan UASA

Untuk makluman semua guru dan ibu bapa, soalan peperiksaan akan dijana melalui Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI), iaitu sistem baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekolah kemudiannya dikehendaki memuat turun bank soalan melalui aplikasi dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

Ibu bapa dan guru-guru bolehlah membimbing anak-anak atau murid-murid membuat latih tubi dan latihan yang berkaitan untuk menghadapi ujian ini.

Tarikh Pelaksanaan UASA

Pada minggu kedua Januari 2023, sekolah dikehendaki memuat turun dan mencetak soalan ujian berdasarkan mata pelajaran sedia ada di sekolah.

Kemudian, pentadbiran peperiksaan akhir sesi akademik berserta garis panduan pemarkahan akan dilaksanakan sebagai persediaan peperiksaan.

Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan UASA KPM

Mengikut jadual yang dikongsi, ujian ini dijangka diadakan sekitar minggu ketiga Januari hingga pertengahan Februari 2023.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “UASA KPM, Ujian Akhir Sesi Akademik : Format dan Pelaksanaan”

  1. Salam…saya nak bertanya…mengapa kertas exam uasa tidak boleh dipulangkan kepada murid semula… under what basis…. selama ni kertas exam semuanya dipulangkan semula kpd students bukan sekadar utk semakan ttp utk anak2 dan parents tahu kelemahan anak di bahagian mana. I really need to know this. Adakah ini atas arahan KPM. Tq

    Reply
  2. Guru dah pun periksa dan buat pembetulan bersama murid pada kertas soalan berkenaan. Murid telahpun diberitahu kelemahan masing-masing. Tiada keperluan untuk ibubapa semak semula, kecuali ibubapa sengaja cari kesalahan kepada guru tersebut.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!