Format PKSK : Pentaksiran Ke Sekolah Khusus

Ibu bapa dan murid-murid tahun 6 pastinya tertunggu-tunggu maklumat tentang Format PKSK (Pentaksiran ke Sekolah Khusus) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2023.

Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kaedah baharu pemilihan pelajar bagi kursus khas. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah:

  1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  4. Kolej Vokasional (KV)
  5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk kenalpasti karakter murid;
  • Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
  • 30 soalan objektif;
  • Tiada jawapan betul / salah;
  • Skor markah 20%;

Format PKSK Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Ukur tahap kognitif murid;
  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Problem Solving;
  • Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
  • 10 soalan English uji tahap penguasaan & kefahaman;
  • Tempoh ujian 90 minit;
  • 70 soalan objektif;
  • Betul 1, Salah 0 markah;
  • Skor markah 70%.

Baca juga : Format Ujian Akhir Sesi Akademik bermula 2023

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
  • 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
  • 100 patah perkataan (minima) untuk T1 dan 250 patah perkataan untuk T4;
  • Tempoh masa 45 minit;
  • Skor markah 10%.
Format PKSK

Apa itu PKSK?

PKSK ialah kaedah pentaksiran standard berpusat untuk kemasukan murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di sekolah khas pada tahun 2022, menggunakan pendekatan single entry point.

Single entry point merujuk kepada sistem permohonan kemasukan ke sekolah khas melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) menggunakan platform dalam talian berpusat.

Pastikan ibu bapa telah mengemaskini maklumat terkini APDM secara dalam talian di https://public.moe.gov.my/ kerana segala maklumat akan ditarik daripada pengkalan data ini.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Format PKSK
Format PKSK

Leave a Comment

error: Content is protected !!