Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan 2022

Berikut merupakan perkongsian Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) pesara penjawat awam atau pesara yang boleh diambil perhatian oleh semua kakitangan kerajaan dan ahli keluarga yang berkaitan.

Bantuan ini juga dikenali sebagai khairat kematian yang merupakan satu bentuk sumbangan kewangan kepada keluarga si mati. Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat membantu meringankan tanggungan kewangan keluarga si mati dalam menguruskan jenazah dan hal-hal yang berkaitan.

Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah

Permohonan ini adalah terbuka kepada waris termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semua pihak perlu mengambil perhatian bahawa pesara kerajaan yang meninggal dunia selepas 15 Oktober 2010 layak menerima sebanyak RM3000, mengikut surat pekeliling Bantuan Pengurusan Pengebumian (BMJ).

Semasa memohon, perlu diberi perhatian juga tentang status penerima mengikut keutamaan berikut:

  1. Balu/Duda;
  2. Anak;
  3. Ibu/Bapa;
  4. Ahli keluarga yang menguruskan (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan);
  5. Pihak yang menguruskan (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).

Muat Turun Borang Bantuan Mengurus Jenazah

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.jpapencen.gov.my atau melalui pautan di bawah, lengkapkan dan serahkan bersama dokumen sokongan kepada ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat yang telah di kongsikan di bawah:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor
Malaysia

Semakan Bantuan Mengurus Jenazah

Waris atau pengurus jenazah pesara kerajaan yang telah memohon boleh menyemak status permohonan melalui langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang https://apps.jpapencen.gov.my/bantuanmengurusjenazah.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan nombor kad pengenalan pesara yang telah meninggal tersebut.
  3. Klik butang Hantar.
  4. Status permohonan akan dipaparkan.

Penerima dalam Malaysia akan menerima wang khairat kematian melalui:

  • Waran
  • Kredit Bank

Penerima di luar Malaysia akan menerima wang khairat kematian melalui:

  • Pindahan Telegrafik
  • Deraf Bank

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

bantuan mengurus jenazah

Leave a Comment

error: Content is protected !!