Bantuan Awal Persekolahan 2023 Sebanyak RM150 Untuk Setiap Murid

Bantuan Awal Persekolahan 2023 diteruskan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012 bagi mengurangkan beban biaya belanja persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun.

Manfaat ini akan dirasai oleh murid-murid darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5 atau setaraf bagi semua murid tanpa mengira latar belakang keluarga. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa BAP ini akan diberikan mulai Januari 2023.

Terkini KPM : Format Ujian Akhir Sesi Akademik UASA

Dengan isu generasi yang mengalami keciciran ekoran krisis pandemik baru-baru ini, adalah penting untuk melengkapkan kanak-kanak dengan peralatan sekolah yang sewajarnya

Manfaat Bantuan Awal Persekolahan 2023

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti; dan
    • Sekolah Henry Gurney.

Sumbangan RM 150 (RM 100 pada tahun sebelumnya) ini akan disalurkan terus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat kepada:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Baca juga : Panduan Ibu Bapa Kemaskini Maklumat APDM

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2023

Melalui maklumat yang diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, wang ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah bermula 17 Januari 2023.

Setelah diterima, pihak sekolah akan menguruskan pengagihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun. Ibu bapa perlulah menunggu makluman daripada pihak sekolah untuk hadir terima manfaat ini di sekolah anak-anak.

Bantuan Awal Persekolahan

Ibu bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang seperti tahun terdahulu kerana semua murid layak menerimanya.

Senarai Manfaat dan Bantuan 2023

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!