Jadual Tarikh Gaji 2023 Penjawat Awam / kakitangan Kerajaan Terkini

Jadual tarikh gaji 2023 penjawat awam atau kakitangan kerajaan ini adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara. Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun ini telah ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia.

Bacaan lanjut: Muat turun penyata gaji bulanan dan tahunan

Perbelanjaan yang bijak akan menjadikan kehidupan anda sekeluarga lebih harmoni tanpa tekanan dan bebanan komitmen yang tinggi. Berikut merupakan tips ringkas untuk menguruskan perbelanjaan.

  • Tahu bezakan antara kehendak dan keperluan
  • Hidup di bawah garis kemampuan
  • Rancang perbelanjaan
  • Buat belanjawan
  • Belanja mengikut keutamaan
  • Hidup bersederhana

Berbelanjalah dengan berhemah, pilihan di tangan anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Tarikh Gaji 2023 Terkini Penjawat Awam

Berikut adalah jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan dan semakan penjawat awam atau kakitangan kerajaan seluruh negeri di Malaysia.

Tarikh pembayaran gaji diawalkan kepada 17 Januari disebabkan sambutan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada bulan Januari. Manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April menyebabkan pembayaran diawalkan ke tarikh 14 April 2023 untuk membantu persiapan hari raya.

Pada bulan Disember pula terdapat perayaan Krismas, maka tarikh bayaran gaji juga diawalkan kepada 19 Disember, tetapi bagi pada bulan-bulan lain, tetap juga pada tarikh 23, 24 dan 25 haribulan. Dapat kita lihat bahawa pihak kerajaan menyokong dan membantu penjawat awam membuat persediaan meraikan perayaan dengan menerima bayaran gaji awal.

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April17.04.2023IsninHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei19.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun23.06.2023JumaatHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023JumaatHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember19.12.2023SelasaHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)

Pada akhir bulan, sebaiknya elakkan pembaziran wang kerana lebihan perbelanjaan. Adalah penting untuk mengamalkan perancangan kewangan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih bulanan setiap komitmen.

Pertanyaan lanjut mengenai Jadual tarikh gaji 2023 atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Jadual tarikh gaji 2023 penjawat awam

Leave a Comment

error: Content is protected !!