Permohonan HLP 2024 Dibuka Mulai 23 Mei 2023 – 23 Jun Ini

Maklumat Permohonan HLP 2024. Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2024. Ikuti pengajian Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) sepenuh masa dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Permohonan boleh dihantar secara dalam talian antara 23 Mei 2023 dan 23 Jun 2023. Jangan lepaskan peluang menarik ini!

Menarik : Takwim Persekolahan akan bermula Januari – KPM

Program HLP ini tidak meliputi pegawai P&P (kecuali pegawai perkhidmatan guna sama dan kader) di kementerian/ jabatan/ agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus pasca ijazah atau mempunyai badan penaja yang lain. Antara kementerian/ jabatan/ agensi yang dimaksudkan ialah:

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia;
  2. Kementerian Pendidikan Tinggi;
  3. Kementerian Pertahanan Malaysia;
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
  5. Jabatan/ agensi yang telah diswastakan/dikorporatkan.

Tarikh Penting Permohonan HLP 2024

Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim perkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Psikologi dan Guru Bahasa (INTAN).

Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama bermaksud pegawai-pegawai dalam perkhidmatan selain daripada Skim Perkhidmatan Gunasama.

Permohonan HLP 2024
BIL.PERKARATARIKH
 1Permohonan secara dalam talian oleh pegawai melalui portal https://esilav2.jpa.gov.my.23 Mei 2023    23 Jun 2023
Tarikh tutup pencalonan pegawai oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)7 Julai 2023
Saringan dan temu dugsOgos / September 2023
Semakan keputusan penawaran HLPOktober 2023

Perakuan pegawai yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, terletak kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan melalui Kumpulan Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Permohonan tidak lengkap, tidak dihantar melalui PPSM masing-masing dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan secara automatik tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Dokumen-dokumen berkaitan Permohonan HLP 2024

Jika pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ tuan/ puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, penyelaras yang boleh anda hubungi adalah seperti berikut:

  • Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, BMI, JPA
  • No. Telefon : 03 – 8885 3569 / 3371
  • Emel : [email protected]

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!