Pastinya ramai guru, murid dan ibu bapa tercari-cari info berkaitan Permohonan SBP 2022. FLIP.MY kini berkongsi info tentang maklumat Sekolah Berasrama Penuh dan senarai sekolah ini sdi seluruh Malaysia.
Kerajaan telah menekankan keperluan tenaga kerja menerusi bidang sains dan teknologi melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975-1980) dan menekankan pembangunan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
SBP bertujuan menyediakan persekitaran sekolah yang terancang, terkawal dan kondusif untuk mengembangkan potensi pelajar cemerlang untuk menjana modal insan berkualiti tinggi.
Selain itu, SBP juga memainkan peranan penting dalam memupuk bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP memupuk bakat yang dapat memenuhi keperluan dan juga cabaran global.
Baca Juga: Senarai MRSM Seluruh Negara Mengikut Tawaran Aliran
Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Murid-murid yang sedang menunggu Permohonan SBP dibuka atau berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh perlu meneliti kriteria pemilihan murid bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini:-
Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 1
- Pelajar mestilah warganegara Malaysia
- Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK)
- Pelajar yang berada dalam lingkungan toleransi peta toleransi UKSBP
- Mempunyai prestasi akademik yang cemerlang
- Pelajar yang membuat Permohonan SBP juga perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum
Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 4
- Pelajar mestilah warganegara Malaysia
- Murid dari Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Pelajar dengan prestasi akademik yang cemerlang (sekurang-kurangnya pencapaian A dalam 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya tahap C dalam mata pelajaran lain)
- Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Pelajar lulus saringan / temuduga (hanya di KISAS)
Bacaan Lanjut: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Senarai Sekolah Berasrama Penuh
Sebelum membuat Pemohonan SBP, rujuk terlebih dahulu senarai sekolah ini untuk membuat perancangan yang seterusnya. Ada ibu bapa yang gemar menghantar anak-anak ke sekolah yang berhampiran rumah ataupun berhampiran rumah saudara-mara.
Ada juga yang lebih terdorong untuk memilih sekolah yang memiliki prestasi akademik dan kokurikulum atau aliran agama. Rujuk senarai di bawah:-
Negeri | Senarai SBP |
---|---|
Perlis | SM Sains Tuanku Syed Putra |
Kedah | SM Sultan Abdul Halim |
SM Sains Pokok Sena | |
SM Sains Sultan Mohamad Jiwa | |
SM Sains Kubang Pasu | |
SBP Integrasi Kubang Pasu | |
Pulau Pinang | SMs Tun Syed Sheh Shahabudin |
SM Sains Kepala Batas | |
Perak | The Malay College Kuala Kangsar |
SM Sains Raja Tun Azlan Shah | |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman | |
SM Sains Teluk Intan | |
SBP Integrasi Gopeng | |
SM Sains Tapah | |
SM Sains Bagan Datoh | |
Putrajaya | Sekolah Sultan Alam Shah |
Kuala Lumpur | SM Sains Alam Shah |
SM Sains Seri Puteri | |
SM Sains Selangor | |
Selangor | SM Sains Kuala Selangor |
Sekolah Seri Puteri | |
Kolej Islam Sultan Alam Shah | |
SM Sains Hulu Selangor | |
SM Agama Persekutuan Kajang | |
SBP Integrasi Gombak | |
SBP Integrasi Sabak Bernam | |
SBP Integrasi Rawang | |
SM Sains Banting | |
Negeri Sembilan | SM Agama Persekutuan Labu |
Kolej Tunku Kurshiah | |
Sekolah Dato’ Abdul Razak | |
SM Sains Tuanku Jaafar | |
SM Sains Tuanku Munawir | |
SBP Integrasi Jempol | |
SM Sains Rembau | |
SMs Perempuan Seremban | |
Melaka | SBP Integrasi Selandar |
SM Sains Muzaffar Shah | |
Johor | Sekolah Tun Fatimah |
SM Sains Muar | |
SM Sains Johor | |
SM Sains Kota Tinggi | |
SM Sains Sultan Iskandar | |
SM Sains Sembrong | |
SM Sains Batu Pahat | |
Pahang | SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah |
SM Sains Tengku Abdullah | |
Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan | |
SBP Integrasi Kuantan | |
SBP Integrasi Tun Abdul Razak | |
SBP Integrasi Temerloh | |
SM Agama Persekutuan Bentong | |
Terengganu | SM Sains Sultan Mahmud |
SM Sains Kuala Terengganu | |
SM Sains Dungun | |
SBP Integrasi Batu Rakit | |
SM Sains Hulu Terengganu | |
SM Sains Setiu | |
Kelantan | SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra |
SM Sains Machang, Kelantan | |
SM Sains Pasir Puteh | |
SM Sains Jeli | |
SM Sains Gua Musang | |
Sabah | SM Sains Sabah |
SM Sains Lahad Datu | |
WP Labuan | SM Sains Labuan |
Sarawak | SM Sains Kuching |
SM Sains Miri | |
SM Sains Kuching Utara |
Permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Permohonan Tingkatan Satu (1) 2022 https://spskt1.moe.gov.my/ |
Permohonan Tingkatan Empat (4) 2022 https://spskt4.moe.gov.my/ |
Tarikh Permohonan Dibuka: 10 Oktober 2022
Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2022
Keputusan Pemilihan Murid: 15 Mac 2022
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh.
Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 tahun 2022..di johor bahru
Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 tahun 2022 di johor bahru
Permohonan kemasukkan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 tahun 2022 di Putrajaya dan Kuala Lumpur
Permohonan kemasukan berasrama penuh tingkatan 4 tahu 2021 di perak
Permohonan kemasukan berasrama penuh tingkatan 4 tahun 2022 di perak
Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 2022 di pulau pinang
Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 2023
permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh tingkatan 1 2023